Seminggu untuk tentukan kekuatan.
21 June 2013
25 May 2013
17 April 2013
Random post.
Sambil menghirup teh o suam-suam suku gelas kuning, sambil tu dia memikir idea apa untuk diluahkan, perkataan-perkataan apa yang harus digunakan. Nah, inilah dia. Oh sebut pasal teh o panas, acah-acah ibu penyayang di tarikh-tarikh akhir semester yang lepas, sebab ada lah dalam dua tiga kali dia membancuhkan teh o panas untuk Hidayah, roommate sementara. Gengster dia tu sebenarnya. Sama-sama sekuat hati cuba menghafal segala nota demi peperiksaan esok pagi. Ah, last minute study. Syukur Nescafe masih berbaki. Jam 3 pagi baru mata ni nak lelap. Mengada-ngada.
Seminggu berlalu melambai-lambai studio seni. Makin lama makin jauh tangan dari pensel pemadam apa semua tu. Ah masa cuti kita cutilah elok-elok, nanti tak ada lah asyik terngiang-ngiang bau rumah bila semester baru bukak semula. Apalah.
Yelah dia dah 19 tahun. Dah terlebih-lebih berapa hari ni hah. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kehidupan. Tahun ini, ulangtahun di kolej. Langsung tak pernah terlintas apa-apa yang seronok akan jadi masa tu. Keep calm and pretend nothing happens. Nah, selalu sangat dengar ayat tu. Blerghhh. Satu lagi, kau jangan suka hati kau ingat dia di sana cuma jadualnya melukis, melukis dan melukis. Habis kau tak fikir pulak kalau betul lah itu sahaja jadualnya, tak termuntah ke dia hari-hari keluar megi dengan abu dakwat pensel? Yucks! Sedangkan kalau kau duduk sampai lima jam menghadap buku Mathematics dengan mesin kira-kira pun, biiznillah kau nak rasa terkeluar semua isi perut walaupun kau tak ada makan apa-apa pun 4 jam sebelumnya. Pfffftt. Geramnya haha. Don't judge on what you don't understand. Kan.
Selalu dengar kan, birthday girl atau birthday boy kena tempek telur mentah-mentah? Tak kurang pula lepas tu kena salut tepung gandum? Hmm kalau betul caranya tu, boleh siap Kek Batik kemas-kemas atas kepala dia sebenarnya. Kita je yang tak terfikir macam mana nak buat. Alhamdulillah. Sebenarnya budak-budak seni ni dia lebih kreatif dan berjimat. Daripada keluar menapak semata-mata nak beli sepeket tepung ke apa, baiklah capai apa saja yang ada depan mata. Macam orang selalu kata, ambik peluang yang ada.
![]() | ||
| Birthday girl. |
Bedak Johnson's Baby. Alhamdulillah, smells good. Bukannya apa, sekurang-kurangnya bermakna juga tarikh tu. Blergghh. Tak banyak benda perlu diceritakan sepanjang sem ini. Tunggulah sem lima nanti. Itu pun kalau ada rezeki, doa-doakanlah. Nah, ini Raja Syaheerah bagi. Terima kasih, suka sangat. Semoga Allah pelihara kamu sentiasa :')
Satu benda nak cerita. Kita semua kena jugak belajar memaafkan orang dan lupakan salahnya. Nak taknak, mesti didik diri. Semua orang buat salah. Hari-hari kena ingatkan benda ni sendiri. What goes around, comes around kan. Benda ni bukan hanya untuk pertahankan relationship kau dengan tunang kau ke apa. Dengan famili, kawan-kawan kau semua lah. Boleh jadi jugak orang yang pernah menyinggung perasaan kau kat facebook dan twitter. Ini random. Cuba sama-sama ikhlas selurus-lurusnya. Kalau tak ikhlas, sama lah macam kau nak sedekah karipap kat surau, tapi karipap tak ada inti. Sama-sama ingatkan.
Selalu terfikirkan tentang 'ilmu bukan pada pointer'. Kaitkan dengan seni halus ni, hmm okay this is my passion.
Trust Him on what He has planned. Biiznillah.
![]() |
| Cuba fahami perlahan-lahan. |
Assalamu'alaikum.
03 April 2013
Keep calm :)
When you're going through something hard, and you start wondering where Allah is, just remember one thing that the teacher is always quiet during a test. Hmm :)
Kamu, kan dah kata everything happens for a reason kan? :)
29 March 2013
tertinggal kunci
Salam,Maaf,kunci tempat ni je yang sy masih ada.sy dah x punya yang lain.hilang.setiap kali bukak fb,mesti kene bukak dua-dua account.macam tu jugak dengan twitter. Suke jaga tepi kain org.
Tgh buat apa? Pakai baju apa harini? Warna apa? Pakai tudung apa? Shawl ke pashmina ke tudung biasa?stokin pakai x? Baju kurung yang mana?tshirt warna apa? Jeans yang mana? Tadi kelas mcm mana?pergi dengan siapa? Lalu hutan ke?kene kacau dgn lelaki x?ada ckp2 dgn lelaki x?tadi ambil gambar x?.dah makan? Makan mana?makan apa tadi?duduk mkn semeja dgn lelaki ke? Nak blk pkl brp ni? Digi2! Nak stay up smpi pkl brp? Sorg ke dlm bilik?brp markah dapat? Kerja dah siap?
Pasti Sy akan rindu semua soalan ni.
focus final exam ni,banggakan mak dah ayah.jaga diri walaupun tiada pesanan hari-hari.
sy juga bukan manusia yg memungkiri janji.wasalam
Allahu.
Sesungguhnya Dia sedang menguji kita. Keep calm and the time will come.
Assobru minal iman.
I've made a promise and I won't betray. Trust me.
25 March 2013
Minggu susah payah.
Dang! Two weeks more to go. Final exam is waiting for me.
Dua subjek selamat dah. Selamat? Selamat abah hang. By the way, selamat hari lahir Munirah Hanum :)
Ok. 18-22 March could be the most ribut-est week ever, along my journey here.
Yelah, Jumaat 22 March tu ada assessment dua-dua subjek drawing,
which are subjek yang paling sukar untuk di handle setakat ni.
Gila betul dua assessment sekali gus pagi dan petang. Dimana segala drawings atas kertas besar A1
itu akan dinilai oleh beberapa orang lecturer, dihadapan rakan-rakan seperjuangan lain. Tak lupa juga sculpture puihhhh itu dan 24 lukisan yang lainnya. Makanya hari Isnin Selasa Rabu dan Khamis telah digunakan sebaik mungkin untuk menyiapkan segala-galanya. Kiok kiok kiok.
*
Dah tu, bila dah sibuk dah serabut, mula lah fikiran berdentum-dentum. Hati goyah. Jiwa lemah.
Semangat hanyut. Cengeng. Mata panda. Pinggang roboh. Hidung merah. Pakej.
Waktu itu semangat daripada kawan-kawan dan orang tu yang menguatkan semula.
Kekuatan yang Allah bagi? Pastilah nombor satu :)
Raja said: "Kecik be strong okeyyy. Kite pun tadi rasa macam kecik. Sumpah kite cakap,
kite memang tension. Tak tahu apa nak jadi lepas ni. Kecik jangan nangis. Kalau kecik nangis kite pun rasa nak nangis."
Nana said: "Be strong my dear. Nana minum nescafe pekat likat pahit cam nak muntah werkk. Ok let's do this!"
Kak Rina said: "Ala akak yakin kecik boleh buat. Kecik cuba tenang baca doa rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammin bil khoir, doa dipermudahkan segala urusan, jangan disulitkan ye kecik."
*
"Ala kecik janganla macam ni, sabarla kecik. Wat kerja sambil baca doa & selawat. In shaa Allah dipermudahkan. Memang akak tahu penat kan, tapi kan kita dah janji dengan mak & ayah dengan niat belajar kerana Allah. Sabar ye kecik."
Anisah said: "Ohhh. Suo. Banyakkan baca surah Al-Insyirah tau. Dr Farhan Hadi cakap kat aku, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan usaha yang gigih :) Kejayaan semanis madu perlukan pengorbanan sepahit hempedu. Lumrah hidup student."
*
"Suo, jangan direnung lelahnya usaha. Tapi renungkan manisnya sebuah kejayaan.
Kau manusia yang hebat! Hihi. May Allah ease." :)
Wuuuuu :)
*
Macam biasa, Khamis malam Jumaat tak sempat tidur. Tapi minggu yang ni pulak banyak hari yang tak tertidur. Usaha terakhir sebelum ke kelas, Nescafe lah. Mana pulak nak capai spaghetti carbonara bersama mushroom soup. Abah hang.
Lega memang lega. Drawing habih dah. Fokus untuk subjek final exam je pulak. Alhamdulillah all those on-going tests for BEL120, CTU101, VCL105 and VCL128 went well. Alhamdulillah alhamdulillah.
![]() |
| Finally, on the assessment day. Kan dah kata, kan dah kata! Lalalaa. |
![]() |
| My sculpture. Kecik gila Cik Ti. Art Attack kaauu. |
![]() | |||||||
| Kegagahan palsu semuanya haha! Padahal. |
![]() | |||
| In progress. |
Doa dipermudahkan dalam urusan final exam nanti ye. Siapa tanak DL kan? :)
Assalamu'alaikum.
26 February 2013
Lek je.
Chill. Yang penting next week kite balik rumah. Ekekeke. Eh kak, aku turun shah alam tau. Bas pukul 2.30 pm. Beruntung kau, aku bercerita ni kat blog. Hoho.
19 February 2013
Bangkit.
Bismillah.
Life is getting tough nowadays. Sorry to say, people. But I really need 'them' now and till I finish my diploma here. Hafi Atul Shiro Adilla Anisah Dayah Badjie Ijat Mimi Wa Mun - who I believe can cheer me up and brighten my everyday. Sejujurnya, nak menangis betul dah masa taip ni. Tapi kelip mata laju-laju biar air mata tak sempat keluar. Ok dah keluar. Lap. Aku dah kata siang-siang, hati aku mudah touching. Lagi-lagi bila teringat engkorang. Tengok, aku stalk gambar-gambar Hafi kat fb pun aku dah jeles gila. Untung weh ramai geng. Aku kat sini sorang-sorang. Susah weh. Tapi takpelah, aku masih mencari hikmah kenapa Dia campak aku kat sini. Sorang-sorang. Aku tak berapa nak 'helang' macam engkorang. Tapi in shaa Allah aku ingat semuanya. Doakan.
Bestnyaaa kat Palam, Dilla ada Atul dengan Mun. Geng yang memahami. Kat Usim lagi lah ramai nye pun adoi. UIA apetah lagi. Matriks semua tu. Ah sudah lah. Kau tahu jeles tu apa? Tapi aku tak tahap berdengki tau. Hihi.
Stategi sekarang. Sibukkan diri. Walau tengah tak sibuk, aku sibukkan jugak. Yang aku tahu, aku nak engkorang. Eh makin deras pulak. Malu woii kat library ni haaa. Minggu ni seolah-olah paling mencabar. Lama aku tahan. Aku serius nak tolong engkorang. I mean, tolong kita sama-sama. Tapi bila masing-masing dah buat tak peduli, tanak tolong diri sendiri, apa boleh buat. Jangan risau. Aku tak marah. Aku tak reti nak marah. Dan aku tak kan berhenti kejut kita semua solat subuh. Aku janji.
12 February 2013
Gong xi gong xiiiii :D
Bismillah.
Kalau tak pergi haritu, mana nak tahu salasilah keluarga besar kau. Adik-beradik opah kau. Siapa yang sulung, siapa yang bongsu, yang cantik, yang comel, yang kacak dan yang peramah. Hihi. Ternyata kita kena open-minded. Kadang-kadang memang jeles tengok orang cina. Think positive, anak-anaknya bukan main disiplin lagi, dah tu hensem pulak. Ekekekekeke. Tamat cerita itu. Gong xi fa chai. Selamat berjumpa pada Raya Puasa tahun ni, in shaa Allah :D
Jarang sekali berpeluang beli air kotak buah-buahan tu banyak-banyak. Gila kau. Baik lah beli nasik goreng kampung atau topup digi RM5 atau ayam goreng Uncle Bob atau kertas saiz A1 aku yang dah habis tu, daripada beli air kotak manyak-manyak. Sekali datang beraya Gong Xi Fa Chai, nah bergelen-gelen air kotak kau dapat. Fuh.
![]() |
| At Mentakab, Pahang. |
![]() |
| Cousins :) |
![]() |
| At Salak Selatan. |
![]() |
| Uncle Ben's house at Ipoh, Perak. |
![]() |
| Laii lai laaaiiiiii :D |
![]() |
| Superwomen yeahh |
![]() | ||
| Best sini. Belakang rumah dorang ada kebun sayur-sayuran. Siries dah macam Mini Cameron Highlands (Y) |
See? Such a loooooong journey weh. Lepas tu dari Ipoh, gerak Teluk Intan rumah Ayah Uda. Tengok baby boy Kaklong yang baru berusia 14 hari. Selamat datang Muhammad 'Aisy Afham ke dunia penuh hikmah ini. Weeheee tak sabar nak dapat anak buah. Tak sabar nak jadi Maksu. Hmm cepatlaa Abg Iwan bersalin. Hmm. Kahkahkah. Sudah sudah.
![]() | |
| Diploma Fine Art, batch 2012/2013. |
Hafazan Yaasin: Done
New project on Texture, FND101: Hehehe
4 tasks of FND101: Hehehe
Folio CTU: Hehehe
Sketch book: Hehehe
Speaking test: Done
VCL105 test: Done
VCL128 test: After CNY holiday
Listening test: Soon (18th,19th, 20th Feb)
Sebenarnya kan, rindu sangat nak perah-perah otak, nak study sungguh-sungguh macam dulu. Chewah. Hmm. Sekarang cuma perlu perah otak untuk subjek English, Agama, Art Appreciation dengan Cultural Studies of Art. Rindu nak main dengan nombor. Math, Add Maths. Main dengan nombor + huruf. Macam Physics. Erkk? Hehhehehh. Eh rileks lah. Lain bidang, lain lah belajarnya. Dah, pergi bersemayam dengan brush, Chinese ink, pencils, eraser and glue bla bla bla. Hahah. Allah knows best (Y)
Pencils dah berkurang sebanyak 5 batang. Gila lah pencils mahal laaaaaah. Dah lah pen betul-betul ada sebatang je dalam kehidupanku ini. Gila sedih hahahahhahah. So people, don't ever ask me on "Eh pinjam pen jap, pinjam pen jap." Aku tumbuqqq muka qau nanti bahhhhh. Shut up. Sshhhhh. Lol.
"Believe you can, and you're halfway there."
04 February 2013
Cat Women.
Alhamdulillah, we got a much better topic for speaking test just now, yeah better than before. Tak letak harapan tinggi mana pun, cuma lega dah buat yang terbaik. In shaa Allah. Result untuk test VCL105 haritu pun alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Selesai dua pekara untuk minggu ini.
Assessment FND100 : Sketch book and drawing on A1 paper
Assessment FND101 : 10 drawings of idea development, 2 mock-up, final
Assignment CTU : Folio
Tomorrow: PTPTN
Balik KL hari Sabtu 11.30 am. So siapa je yang ada kat kolej masa tu? Hmm.
Lyea kata, "Setiap masalah ada jalan keluar. Allah menguji insan yang cekal dan kuat sahaja."
Yeah thanks. You guys make me stronger even though I'm not. Dayah, Raja, Nurul, Lily. Thanks also by the way. Semoga kalian sentiasa dipelihara Allah. Amin.
Minggu ni sibuk sikit. Banyak assessment nak kena submit. Minggu depan dah CNY holidays. After holidays, ada test. Lunyai lah kat rumah. Selamat bercuti. Jangan lupa maksud hormat-menghormati ye semua. Tak payah nak menganjing orang. Tak kemana pun. And last, saying someone stupid doesn't make you any smarter tau tau :)
Learn from your mistakes and tell the world about your experiences.
You will inspire them.
24 January 2013
05 January 2013
Think.
Bismillah.
Life style kian mencabar. Cewah bak ang. Hahahahahahahahahahahahah minda kemain gian bermain dawai bersama classmates tergila tercinta sejak belakangan ini. Namun aku gagahkan jugak mata biau ler tak sempat tidur ke apa. Asalkan kelas pukul 8.30 pagi tu, tangan masih mampu membancuh 2 peket nescafe ke dalam separuh kuantiti air cawan bersaiz biasa. Moga-moga mata terus tegar menerima projek baru. Alhamdulillah.
| Diba | Kecik | Seri |
| Bla blaa |
| Blaa blaa blaaa |
| Sukaaaaa ah. Melaka itu indah. Kan? |
| Raja | Nana | Kecik | Hawa |
| Separa-separa. |
| Gua bahagia, lu mesti kena bahagia. Oke? |
| No captions. |
| Tak sempat nak tulis captions. |
| Library nak tutup dah. |
| Harini Ahad tutup awal. |
| Sori studio sepah-sepah. |
| Nak tergolek. Tapi macam tak nak. |
| Hawa | Seri | Kecik | Qila | Ain | Raja | Nana | Nuyull |
| Heeeeeeee :) |
| Kecik | Kak Ika | Raja: Pembawa DSLR | Hawa |
| I won't let these little things slip out of our mouth :') |
| Nampak macam relaks. Sebenar-benarnya, projek dawai aku masih tergendala. |
| Yang macam kerusi pantai tu namanya Donkey. Kot. |
| :) |
| Help me to be as cool as Hawa. Yess, i mean it :) |
| Fikirkan selalu. Kenapa Dia campak kau kat sini? |
Aku tak tahu apa khabarnya kawan-kawan batch yang dah terbang tinggi-tinggi ke bumi anbiyaa sana semua tu. Tak kurang juga yang bakal terbang ke UK, Aussie dan sebagainya. Yang penting, kau orang jaga diri baik-baik. Aku kat sini cuma di Melaka. Tu pun kadang-kadang tak sampai sebulan dah balik rumah dah. Aku yakin rezeki tu ada di mana-mana. Cuma cepat atau lambat. Sama lah jugak macam kita ni. Aku lahir bulan 4, dan kau tu bulan 8. Tapi rezeki kita berbeza. Kau dah nak fly dulu dah, aku entah bila. Cuma mampu usaha yang terbaik. Kalau ada rezeki, jom fly UK sama-sama. Amiiiin. Allahuu. Semua yang tersenarai dalam blog apple-twinkle ni, hampir kesemuanya doa-doa peribadi sendiri. Hmmm. Hey, semangat baru muncul bila dapat tahu kak syahira rahmat tu pernah dekan 5 kali. Awesome! Semangat oh semangat. Mohon jangan terhenti di sini. Bukan apa, selalu dengar batch upper part kata elehh dak-dak ni semangat bila first sem je.
Hmmm nauzubillahi min zaalik.
P/s: Maziah, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu apa yang kena aku buat sekarang. Allah, tolong aku pelihara persahabatan ini :(
What you want is not always what you need. Think of it.
Hmmm nauzubillahi min zaalik.
P/s: Maziah, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu apa yang kena aku buat sekarang. Allah, tolong aku pelihara persahabatan ini :(
What you want is not always what you need. Think of it.
21 December 2012
Saat itu :)
14 December 2012
Kecik yang semakin membesar dan dewasa.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hey assalamu'alaikum. Yeah minggu ni dapat berita kena tukar kelas. Nice baby naissss. Suka sangat bila tak ada Dayah dengan Nadd. Suka sangat. Suka sangaaaat :'( Allahu. Tak apa lah. Allah knows best. Hihi.
Yeah tiba-tiba daripada sangat seronok dan teruja bila Jumaat tak ada kelas, dan maka sekarangnya terusss ada kelas. Kahkahkah. Nampak tak Allah tarik nikmat tu sekejap je. Hihihihihi. Oh semalam ada gotong-royong membersih dan mencantikkan studio dan galeri. Jadi, t-shirt sudahhhh. Semua okay :)
![]() |
| Kecik | Qila | Nana :) |
![]() |
| Dayah | Nana | Otromen Tiga Puluh Lima Setengah | Nadd. |
![]() |
| Weeeheeeeee. |
![]() |
| We do love her. This is our Hawa :) |
![]() |
| Dayah dan kegembiraannya. Jeles iteee. Hihi. |
![]() |
| Kami di Dewan Bentara a.k.a. cafe kami. Heee. |
![]() |
| Dalam kelas BEL. The last moment dapat kelas sama-sama. Wuhuuu. |
![]() |
| Mana Nadd nih? :( |
![]() |
| Kasut dan kaki ini harus gagah mengejar Dekan. Amin ! :) |
![]() |
| Tegarkah Kecik untuk menghasilkan 140 buah lukisan? |
So far so good. Minggu depan cuti krismas kan? Jadi kecik akan menjalankan tugas dan temanya semula sebagai anak bongsu di rumah selama beberapa hari iaitu dari Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu dan Ahad. May Allah give me some strength there. Allahumma amin :')
Don't give up on anything, especially if it's makes you happy :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




































