 |
| 505 in memory |
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh :)
#Ah tetibe teringat gaya ustaz Lah bagi salam :') Rindu kat semua ! K leklu leklu tak masuk tajuk lagi nih.
Kali ni rasa macam nak tulis puas puas puas puas. Gambar atas tu sebenarnya nak promote keychain gigi geraham
Bell yang dah lama siap tapi tak upload-upload lagi, order daripada Kak Eryana Eiyda iaitu kakak si Hafi :) Tapi saje nak letak gambar 505 jadi background. Hmm. Kenapa gambar kelas 505 ada dua kali dalam majalah sekolah? Kenapa? Kenapa? Menimbulkan tanda tanya dan ketidakpuas hatian ramai pihak, lebih-lebih lagi ahli kelas 509. Gambar diorang tiada dalam majalah sekolah (Majalah Restu). KE ni pun satu. Kalau dah minat tu, tak yah lah sampai nak letak dua kali ye dak? Hahaa. Maaf seribu kali maaf. Sesungguhnya kami langsung tidak tahu menahu pasal ni. Sebab dalam kelas kami ni takde sorang pun yang terlibat dalam pembikinan majalah tu. Sori sangat :'(
Orang kata kelas kita tak unite. Ah. Orang kata ke, kita yang kata? Bukan setiap masa, kadang-kadang sajelah. Tapi aku respect ketua dan penolong kelas yang sempoi. Chill beb. Ketua kelas dah macam abah, aku rasalah. Hahaha entah. Sukati lah nak setuju ke tidak hihi. Time tu tak ingat lah exam apa, kat dewan besar. Kitorang dah pakat beberapa orang. Time ketua nak kutip kertas, hang lek-lek je dulu, hang toksah tuleh nama dulu. Bila dia dah sampai kat meja hang, baru lah hang concentrate tuleh nama kat kertas jawapan hang. Haihhh sian pulak, lamo dia tunggu. Hihihihi sori bo. Menjadi jugak akhirnya. Jangan marah nak kacau-kacau siket jeee. Kalau satu sekolah semua orang baik, siapa nak jadi nakal?
#tanda soal yang kecil.
Entah tak tahu apa yang nak diceritakan. Dari form 4 dah plan nak buat button kelas, kononnya lah. Aku dah ready dah design-design. Last-last tak jadi. Form 5 ada plan jugak. Benda paling simple nak buat kenangan pun ---> button jelah kan? Uih taknok jugak. Konon nak buat beg. Acecece biar mimpi sampai ke bintang, ye dak? Hihi comel je angan-angan. Pun tak jadi jugak ah it's okay lah takpe. Ilek. Hihi.
Masa form 4, kelas paling senyap. Aku rasalah. Kawan-kawan aku pun rasa macam tu jugak. Lagi-lagi waktu PSI dan BM. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Bunyi putaran kipas je yang kami dengar dalam kelas selain daripada suara cikgu mengajar. Aku pun macam,
"Uh kitorang ni dah kenapa? -__- "
K tak apa. Lagi satu masa form 4 jugak, entah apa kes yang heboh satu kelas siap buat perjumpaan hari Sabtu. Dengan berwarna-warni baju kurung si anak dara dan baju bebas si teruna semua. Entah aku sendiri tak faham apa yang dah jadi sebenarnya. Ada fitnah-fitnah siket tu yang tak sedap telinga nak dengar. Tak sedap hati nak terima. Kan? Sabar je okeh. Haaa paling tak boleh lupa masa form 4, jualan apa entah malam tu. Best nyaaaa. Kiranya antara gerai paling laris malam tu. Burger ada. Speghetti ada ---> Daniel sponsor ah terharu gila :') Yang burger tu, si gadis-gadis order amboi punyalah payah nak dapat. Sampai 13 bijik dah lamaaaa tuggu, baru dapat Hihihihi. Besssssttttt.
waktu f4 hati aku dah jatuh kahkahkah
Form 5. Okay siket dah. Takdelah dengar bunyi kipas saje. Suara-suara siket tu ada lah timbul-tenggelam siket hihi. Tak ingat lah. Bila skype dengan Hafi, best jugak lah flashback masa dalam kelas dulu. Masih ingat lagi peristiwa rasmi nak ambik gambar kelas form 5 untuk majalah sekolah? Kisah blezzer? Ingat lagi? Heee :)
Tu semua kenangan kan. Entah bila dapat tengok balik muka sensorang. Tu pun tunggu lah ada Book Fair kat PWTC, pastu plan lah nak jumpa kat mana kat mana ye dak? Kalau tak, hah jumpa lah 7 tahun lagi, kita buat reunion kelas ! Siries tak dapat imagine hari itu nanti. Waaa~
#lap mata yang tak berair, eceh.
Hafi. Kau ingat lagi AO? Hahahaha aku dah cakap kat akak aku pasal plan tuh. Dia power wooo bab-bab camni. Nanti kita bincangkan okeh?
Atul. Apa yang telah berlaku? Macam tengah sedih je tu :'( Kalau ada apa-apa nak story, just count on me and I'll be there to wipe up your tears, sis :')
Badjie. Kicen sudah siap. Yang RJ tu nanti mesej kita alamat Kisas tau. Nak pos ke sana kan? Ah apa pulak cerita kicen kat sini ! Heee. PWTC nanti jom jumpa ! Hari tuh Karnival Jom Masuk U pun tak dapat jumpa kan :( Takpe ada jodoh, ada lah kan makweeee :D
Shiro. Aku tahu dah cerita kau. Aku tumpang sedih jugak. Hmm takpelah Allah tahu kau kuat, sebab tu Dia kasi kau ujian yang macam tu dear. Kau sekarang ni, watlek je tau. Chill je sebab aku tahu kau ni chill. Kalau ada pape nak story, jangan malu-malu call rumah aku heheheh :D
Anisah. Hmm lamanya fb kau menyepi kan. Aku nak post
'Aku rindu kepala hanger baju kau yang boleh pusing-pusing tuuuu' pon dah terbantut. Tunggu kau activate balik, baru aku post camtu tau. Hmm aku rindu kau lah. Sori lah ego aku rendah sangat sekarang ni, mudah-mudah je ucap rindu kat kau hahahaha.
Hmm datanglah sini weh. Nanti aku bawak kau jenjalan sampai kau gemok k. Lama dah tak roger-roger kau :'(
#Itu saje yang aku perlukan waktu ini. Masih menanti si dia ucapkan selamat hari lahir. Si dia itu bukan lelaki okeh. Sedih sangat. Entah. Tak ingat ke? Hmmm. Kbye.
( kenapa aku akhiri post ni dengan cerita sedih. Hmm. )