30 December 2011

Lepaskan!

Fatimah Juling :)



Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.

"Berapa beratkah air ini?"

"10 ml!"   "15 ml!"   "50 ml!"   "100 ml!"

Murid-murid menjawab.

Bagus! Tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ini kerana saya tidak menimbangnya. Ok. Bagaimana jika saya memegang gelas ini selama seminit ?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Kawan-kawan! Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…

" Lepaskan sahaja gelas itu! "

29 December 2011

Gathering of the year kan kan?

Jom jumpa lagi lah  :)

Hmmm :)

Dia nih photographer baru. So, sape-sape nak panggil dia untuk majlis perkahwinan, boleh lah contact saya :D

Ayep Jay

IMY

Okay sorry gambar nih tersesat hilang punca :)

Panggg! Penampar untuk yang depan tuh. Over lah eshh.

Gambar nih best. Best. Semua sengih :)

Maziah dan Suhaila.

Boring boring pon best hapee :)

Dah dah. Gambar jelah. Malas pulak nak menaip.
Byee semuaa.
Thanks untuk sweet memori tadi. Entah bila lagi boleh jumpa kan?
*Jay sori jugak. Kau faham aku kan? Thanks bro :)

Byee Assalamualaikum semua :)

25 December 2011

Terengganu bukan Paris

Terengganu adalah Terengganu. Bukan Kelantan, bukan Thailand, bukan Laos dan bukan juga Rawang. Seperti tajuk di atas juga, Terengganu sememangnya bukan Paris atau New Zealand. Cuti sekolah orang lain dok amek lesen kerete, lesen motor *ah tak nak tak nak atau pun lesen scuba macam dia tuh.

Tapi aku hanya lah duduk di rumah menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah dan kadang-kadang tuh tak berfaedah jugak. Dan sekarang aku mengambil keputusan untuk bermusafir. Aku tahu orang lain dok pergi Singapore, Korea, Jepun, Kota London dan sebagainya. Tapi tak apa aku pun pergi jugak. Tapi aku pergi Terengganu. Alaaah diaorang banyak fulus. Okay tak apa. Bersyukur. Terengganu pon best apaaa :)

Berjalan-jalan tapi tak bawak kamera memang kurang masyuk. Aaaaa. Okay tak apa lagi. So tak ada gambar lah. Hanya cerita okay.

Jadi. Budak-budak yang aku dah rindu semuaaa, agak-agak bila kita baru boleh dilepaskan untuk keluar berjalan ke tempat yang jauh macam nih? Hmmm. Lambat lagi. Tak apa. Dekat-dekat pon still boleh jumpa lagi kan? *ye ke?

Jadi. Kawan-kawan. Bila nak berjumpa nih? Gila lah. Rasanya macam hampir dua tahun tak jumpa kan. Tak payah jumpa jauh-jauh pun. Dekat pon kira okay apa. Jimat pun jimat. Kan kan kan. Ustazah Khadijah tunggu saya kat rumah nak hantar Kopok Losong okay. Wuuuu rindu rindu. Ustazah best bila saya call, ustazah gelak macam orang 20-an :)

Okay memang cerita Terengganu tamat sampai situ je tadi tuh. Alaaa as usual lah kalau orang pergi sana mesti singgah Pasar Payang, makan udang sotong ikan celup tepung tepi laut, carik kopok losong dan sebagainya. Kan kan.

Okay maggie saya sudah kembang. Bye Assalamualaikum semuaaa orang :)

20 December 2011

Be good to yourself :)

Trust yourself : U know what u want and need :)
Put yourself first : U can't be anything for anybody else unless u take care of yourself :)
Let your feelings be known : They are important. Express ur opinions. It's good to hear yourself talk :)
Value your thinking : U do it well. Take the time and space u need. Even if other people are wanting something from u :)
When u need something, don't talk yourself out of it : Even if u can't have it, it's okay to need. When u are scared, let someone know. Isolating yourself when u're scared makes it worse :)
*A big applause to i luv Islam :)

Rindu nak berUSRAH :)

Tak ingat apa nama sebenar Usrah ni hehoheho :D
Rindu. Okay memang rindu. Serius nih rindu. Okay macam Ombak Rindu.
Ini ialah gambar ahli-ahli usrah saya. Sepertimana caption di bawah gambar itu, saya bukan lah naqibahnya. Naqibah saya ialah Sarah Ibrahim yang pegang buku orange besar tuh. Dia memang best. Tak tipuu.

Aqilah Ahmad. Dia ialah bakal stayers sekolah saya. Maksudnya akan menyambung pengajiannya di tingkatan 6. Dia memang tabah betul kan. Dia selaluuuu kena buli dengan saya. Selalu sangat. Tapi maaflah sebab saya memang suka buli orang. Fullstop.

Najah Zakaria. Dia juga Ketua Dorm saya. Saya suka tengok dia happy. Maksudnya saya tak suka tengok dia marah. Yess, Betul tuh hikhikhik. Najah memang best jugak. Ceria. Hari tuh saya buat video calling dengan dia. Rindu.

Nabilah Daud. Dia ada geng yang tersendiri. Dan saya pon memang suka kacau geng dia nih sebab saya jealous. Kan kan kan. Nabilah jugak satu kelas dengan saya. Dia baik sangat. Geng dia ialah Anith Asma' Adibah Zatie :)

Fatin Nabilah Syazwani. Saya panggil dia Aten. Terlupa pulak. Bukan saya seorang je yang panggil dia Aten. Semua orang. Kecuali Tuan Pengetua. Saya tak tahu Pengetua panggil dia dengan nama apa. Aten memang best jugak. Usrah tak akan senyap kalau Aten ada. Tuh yang best :)

Mirratul Mukminah. Yang nih pulak nama manja dia Mirr. Hewhew. Mirr pon best. Dia sukaaa kongsi cerita dengan kita orang. Kadang-kadang bila dia cerita, ahli usrah yang lain ternganga mulut. Sebab ada sesetengah cerita tuh, dia seorang yang pernah dengar. Dia memang up-to-date. Okay. Kitaorang lah yang katak di bawah kaca kalau hidup di asrama. Bukan kitaorang. Maksudnya saya seorang. Fullstop.

Zahidah Razif. Haa yang nih paling saya suka. Kak Der. Kitaorang memang panggil dia Kak Der. Kak Der pon best gilaa. Kak Der suka bercerita dengan penuh bersemangat. Dan dia ialah olahragawati sekolah saya. Dia panjang. Saya suka dia. Saya sayang diaaaa. Kak Der, rindu kau lah :)

Saya dapat rasakan bahawa usrah saya lah yang paling best. (jgn marah lah)
Entah kenapa saya memang tak sabar-sabar nak tunggu usrah hari jumaat malam everyweek. Makanan? Ah jangan kata lah. Lumayan. Sebab kitaorang memang suka makanan. Lagi-lagi naqibah saya tuh kahkah. Sebab tu lah asyik terlajak masa je. Rupanya makan dan makan lepas habis bercerita. Sebenarnya bukan pasal makanan lah. Sebab apa yer? Sebab saya memang sayang kan usrah saya. Fullstop again :)

Rinduuuu !

19 December 2011

Budaaak

Weh terima kasih lah simpan lagi flyers aku bagi tuh. Kahkah sebenarnya aku pun tak sangka flyers tuh akan sampai kat kau jugak walaupun aku post time raya dan sampai nya time Christmas mungkin. Jadi, baguslah budak kecil. Bila kau nak post flyers kat aku? *dah habis sekolah dah pun uwaaaaa! Belanja aku makan cepaaaat :D

Kelas Mandarin punya cerita:
Haihhh. Susah sesangat lah nak belajar Mandarin nih walaupun cikgu pakar dah Allah sediakan. Berbelit-belit lidah nak sebut pon kan ingatkan bahasa Tamil sahaja perlukan belitan lidah. Kuikuikui. 6 tahun baru boleh pandai, masak lah. Gila. Huwaaaaa! Usaha tangga kejayaan kan. InsyaAllah boleh. Kena kerja keras siket lah derr.

Wo de ming zhi jiao Suhaila :)  *acecececeeee

16 December 2011



Rindu :)

~ When ALLAH gives you, He gives you beyond your expectations..
So, just be patient. Trust Him.
Hope the best from Him.
And get blessed by Him...
Remember..
ALLAH doesn't need you,
It's you who need ALLAH....


So, work hard to please Him :)

Post untuk kau orang


Munirah Hanum dan Najah Zakaria ;

Ini dia budak yang lagak petah bercerita hari tuh. Tadi dia baru je dengar kisah Israk Mikraj. Hmm suka betul dia.
Mintak maaf jugak kalau gigi tuh tak sempat nak jumpa kau, Mun. Kahkah.
Nama dia Ammar. Bukan Ammar Lee :p





Mereka...

5 Al-Battani @ 505 :)

Hye Assalamualaikum semua :)

 Nak dijadikan cerita, alkisah nya bermula semenjak tahun lalu (2010). Disebabkan dek terkesima setelah bergelar pelajar 4 Al-Battani 2010, aku masuk kelas dengan perasaan yang bercampur baur. Gembira sedih marah teruja kehairanan dan lain-lain. Mula berkenalan dengan semua orang, aku sudah mula mampu mengingati nama mereka seorang demi seorang sehinggalah aku berjaya menghafal ejaan nama si dia yang sangat pelik dan unik bagi aku : Badjie Xaebcourieyiean :)

Setelah setahun menghadapi suka duka pahit manis bersama, aku sudah mula memahami perangai mereka semua. Haih. Jika diingatkan kembali, boleh menitis air mata ini disebabkan aku terlalu merindui mereka yang aku rasakan, entah dapat berjumpa lagi atau tidak.

Pejam celik pejam celik dan kadang-kadang pejam tak celik-celik (tidur dalam kelas PSI), dah dua tahun kami menghabiskan masa bersama di dalam sebuah kelas yang satu-satunya pelajarnya dikehendaki menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk. Sehinggakan setiap kali outing, ada sahaja orang baru yang membeli kasut bulu-bulu. Hewhew. Best memang best. Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila dalam sebuah kelas, terdiri daripada pelajar-pelajar yang berasal dari pelbagai negeri, bercakap dengan pelbagai loghat dan sampaikan kadang-kadang aku tak faham apa yang mereka sampaikan sewaktu presentation Bahasa Melayu. Kuikuikui.

Aaaaaa. Aku tahu baru beberapa hari sekolah tamat. Tapi entah kenapa rindu tuh dah datang. Budak-budak Dorm, Budak-budak kelas, usrah lagi, Dewan ulul-albab dan Dewan Besar yang berpenghawa dingin. musolla yang sejuk ber air-cond jugak. Aaaaaa. Best

Megi. Aku orang pertama yang bawak megi. Aaaaaa. Dah lama pantang makan megi. Tiba-tiba entah kenapa time SPM sebenar, aku makan megi akhirnya. Kahkah. Akirnya aku tewas jua.

Cuak memang cuak nak tunggu result SPM yang entah berapa A yang aku akan dapat. Doakan lah yang terbaik = 11A :)
Setiap doa kalian pasti Allah dengar. *che wah heheh

Itu sahaja buat sekarang. Bye bye Fyza dan kirimkan salam pada Wani jugak :)

Assalamualaikum :)

15 December 2011

Penat

Penat penat tapi best. Serius first time keluar dengan Dila. Selama dua tahun kawan, memang tak pernah pun keluar dengan budak tu haaa. Haha tuh lah kau Dila, pakai baju kurung sampai mamat bangla ternama tuh dok menjeling jeling sampai baju kurung kau bertukar jadi gaun pengantin kan. Kahkahkah. Sori lah tak ada gambar nak tarok lah. Hikhikhik.

Hei hei. Cepat lah ajar aku Mandarin sampai pandai. Yes lepas nih boleh poyo poyo cakap Mandarin. Hao de hao de!

14 December 2011

Esok :)

Esok esok esok. Kenapa dengan hari esok? Hari kanak-kanak ke? Hari Ibu? Hari Hari? Atau Hari Raya Korban? Oh. Tak mungkin. Seingat aku Hari Raya Korban baru je lepas *baru ke?

Oh esok. Jumpa Dila. Sebab nak pulang balik beg polka dot dia yang tertinggal kat asrama semalam. Wuuu. Nak carik baju seketul dua jugak esok. Lunch sama? Wah wah okay okay. Kau belanja? Thanksss hewhew :D

Okay bye dila. Sok jumpa.

Jangan carik pasal lah der

grrrrrr!

Sape carik gadoh kat kau do dila? Haihh. Tak pe lah weh. Kau sabar je. Jangan sampai dia tuh kacau mood kau nak blogging bagai. Meh kalau aku dapat orang tuh, aku kunyah kunyah sama kepala dia :)
Bye. Hidup jangan buat orang lain marah tau tau semuaaaa.

Love Love untuk Nur Adilla Rahmadullah :)

13 December 2011

Hoi budaaak

dila . shiro
Oh dila! Aku tahu kau suka lagu kat blog aku nih kan :) Nah special satu entry khas untuk kauuuu. Ambekk kah kah. Hey beg sekolah kau ada kat aku. Tengok lah camne aku nak bagi nanti eh. Jom lah keluar. Ada beran? :)

Best gilaaa chai :)

First of all. Nak cakap, SPM DAH TAMAT. Okay sengih lah kau. Hewhew. Alhamdulillah syukur, semoga usaha selama 2 tahun mengejar 11A yang sangat laju berlari, memantang (pantang) meggie, mengorbankan hasrat untuk berblogging dan pesbuking, Allah berikan kami apa yang kami mahukan insyaAllah :)

Gap paper Arab nak pergi paper Quran Sunnah, best gila pergi rumah kakak badjie kat Shah Alam. Jumaat malam tuh, mak ayah badjie bawak kitorang pergi i-city. Firstly ingatkan tak nak masuk Snow Walk. Tapi lepas beberapa kali Odah kata best best best tak rugi bla bla bla, jadi, kami pun berpadu suara mengatakan: Ye! Jom masok! :D

Malas nak cerita banyak-banyak, nih haa. Tengoklah ada beberapa helai gambar beku kat dalam Snow Walk tuh. Hewhew.


Hewhew. Best best :)
                           

  Nanti pegi lagi ye kawan-kawan? Huuuu sedih. Dah habis sekolaaaaah :'(
                       

      atul nuha badjie yam suhaila odah ainul :)
                                               

:)
                                                                                     

Sejuk macam dalam peti ais. Spect mata aku dah jadi macam ikan.
                           

 Aaaaaaaaa. I'll miss this moment :)
 Before pegi i-city. Uncle, Auntie! Thanks belanja kitorang makan makan makan dan makan! :D
         

 Rumah kakak badjie a.k.a. Chai :)
                                                   

 Aku akan rindu kau orang semua. Serious :)
                                             
Okay tak boleh tengok lama-lama nanti meleleh pluss bertakung macam Odah. Huuuu. Tak sangka kita dah dua tahun kenal then nak pisah balik kan :')
Okay bye semua orang.
Assalamualaikum :)

Tips tips untuk kurus secara semulajadi :)

Kurus kurus kurus. Ada apa dengan kurus?. Nah kak. Kau baca nih aku kasi.

1. Jangan berlapar
2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
3. Minum 8 gelas air sehari
4. Elakkan minum minuman yang bergas
5. Kurangkan pengambilan garam
6. Ambil sarapan pagi
7. Makan dengan perlahan lahan
8. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil

Selamat mencuba! :D

Nota kaki: Entry nih khas buat nur adilla :p

07 December 2011

Polka Dot


PQS sayang kuuuu lalala

Best gila kan dapat balik rumah. Baru habis paper Bahasa Arab Tinggi. Fuh fuh. Memang tinggi betol paper karangan plus terjemah bla bla bla tadi. Adoi adoi. Habis paper, simpan buku terus calling calling pastuh balik. Mudah je kalau ada alat telekomunikasi kat sekolah kan? Kalau daripada dulu ada kan memaaaaang best! Hewhew.

Pagi Jumaat ada kelas PQS lah. Haaa lantak macamana nak balik kan. Lepas tuh ada gathering 505. Kena balik jugak lah. Tup tap tup tap tup taaaap tak sangka dah habes 10 paper dan dah nak habes form 5. Peh peh tarik nafas panjang panjang. Sat gi baru lah nak rindu rindu bagai. Oh Nabilah Daud! Time kasih eh bagi makanan hari tuh atas katil. Haha bukak mata je tengok tengok ada pesanan plus makanan atas katil. Macam dekat syurga lah. *amboi~

Dila dila dila. Sori lah upin ipin dok carik kau dari tadi. Kahkah.

p/s: Amboi cantek ye blog kau dilot :)

Kiden oh Kiden :)





Aku rindu kau. Gurau gurau kau. Mintak maaf sangat sangat. Nak habis sekolah dah nih. Kiden Kiden Kiden. Sunyi kot bila nampak kau tapi tak bertegur. Serius aku betul betul mintak maaf yang teramat sangat sangat sangat. Aku nak kau tahu yang aku sayang kau gila punya :')

03 December 2011

Puas hati a.k.a. lega

Alamak! Rabu paper Arab lah. Ingatkan dah habis SPM macam orang lain. Rupanya lupa pulak ada DUA paper lagi! BAT + PQS = A+?? Yakin ke? InsyaAllah usaha + doa tak putus putus + tawakkal sajeee.
Kejap lagi nak balek hostel dah. Gila lah. Serious dah lepas rindu kat rumah + pesbuk. Since raya haji tak balek rumah weh. Kira sebulan lebih jugak lah. Haaaa lepas nih pulun Arab sampai kenyang dan muntah muntah. Adeh. Tak apa. Belajar itu jihad Kak Hanis kata! :)

Haha Dilla yo yo oooo je nak balek semalam. Kan dah terlajak Ahad nih. Bye jumpa kat DM terus lah. :)

Hari Graduasi yg tak berapa nak best!


Aaaaaa..kenapa tak best nie? Kena pakai baju sekolahhhh dengan KAIN JUMAAT? Tak bawak kamera? Tak sempat bergambar ramai2? Huh. Okay tak apa. Memang jeles betul bila tengok gambar graduation students sekolah lain. Aaaaaa nak nanges. Tahun last kot! Aaaaaaa~

Ini sangat comel lah