16 December 2011

Mereka...

5 Al-Battani @ 505 :)

Hye Assalamualaikum semua :)

 Nak dijadikan cerita, alkisah nya bermula semenjak tahun lalu (2010). Disebabkan dek terkesima setelah bergelar pelajar 4 Al-Battani 2010, aku masuk kelas dengan perasaan yang bercampur baur. Gembira sedih marah teruja kehairanan dan lain-lain. Mula berkenalan dengan semua orang, aku sudah mula mampu mengingati nama mereka seorang demi seorang sehinggalah aku berjaya menghafal ejaan nama si dia yang sangat pelik dan unik bagi aku : Badjie Xaebcourieyiean :)

Setelah setahun menghadapi suka duka pahit manis bersama, aku sudah mula memahami perangai mereka semua. Haih. Jika diingatkan kembali, boleh menitis air mata ini disebabkan aku terlalu merindui mereka yang aku rasakan, entah dapat berjumpa lagi atau tidak.

Pejam celik pejam celik dan kadang-kadang pejam tak celik-celik (tidur dalam kelas PSI), dah dua tahun kami menghabiskan masa bersama di dalam sebuah kelas yang satu-satunya pelajarnya dikehendaki menanggalkan kasut sekolah sebelum masuk. Sehinggakan setiap kali outing, ada sahaja orang baru yang membeli kasut bulu-bulu. Hewhew. Best memang best. Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila dalam sebuah kelas, terdiri daripada pelajar-pelajar yang berasal dari pelbagai negeri, bercakap dengan pelbagai loghat dan sampaikan kadang-kadang aku tak faham apa yang mereka sampaikan sewaktu presentation Bahasa Melayu. Kuikuikui.

Aaaaaa. Aku tahu baru beberapa hari sekolah tamat. Tapi entah kenapa rindu tuh dah datang. Budak-budak Dorm, Budak-budak kelas, usrah lagi, Dewan ulul-albab dan Dewan Besar yang berpenghawa dingin. musolla yang sejuk ber air-cond jugak. Aaaaaa. Best

Megi. Aku orang pertama yang bawak megi. Aaaaaa. Dah lama pantang makan megi. Tiba-tiba entah kenapa time SPM sebenar, aku makan megi akhirnya. Kahkah. Akirnya aku tewas jua.

Cuak memang cuak nak tunggu result SPM yang entah berapa A yang aku akan dapat. Doakan lah yang terbaik = 11A :)
Setiap doa kalian pasti Allah dengar. *che wah heheh

Itu sahaja buat sekarang. Bye bye Fyza dan kirimkan salam pada Wani jugak :)

Assalamualaikum :)