20 December 2011

Rindu nak berUSRAH :)

Tak ingat apa nama sebenar Usrah ni hehoheho :D
Rindu. Okay memang rindu. Serius nih rindu. Okay macam Ombak Rindu.
Ini ialah gambar ahli-ahli usrah saya. Sepertimana caption di bawah gambar itu, saya bukan lah naqibahnya. Naqibah saya ialah Sarah Ibrahim yang pegang buku orange besar tuh. Dia memang best. Tak tipuu.

Aqilah Ahmad. Dia ialah bakal stayers sekolah saya. Maksudnya akan menyambung pengajiannya di tingkatan 6. Dia memang tabah betul kan. Dia selaluuuu kena buli dengan saya. Selalu sangat. Tapi maaflah sebab saya memang suka buli orang. Fullstop.

Najah Zakaria. Dia juga Ketua Dorm saya. Saya suka tengok dia happy. Maksudnya saya tak suka tengok dia marah. Yess, Betul tuh hikhikhik. Najah memang best jugak. Ceria. Hari tuh saya buat video calling dengan dia. Rindu.

Nabilah Daud. Dia ada geng yang tersendiri. Dan saya pon memang suka kacau geng dia nih sebab saya jealous. Kan kan kan. Nabilah jugak satu kelas dengan saya. Dia baik sangat. Geng dia ialah Anith Asma' Adibah Zatie :)

Fatin Nabilah Syazwani. Saya panggil dia Aten. Terlupa pulak. Bukan saya seorang je yang panggil dia Aten. Semua orang. Kecuali Tuan Pengetua. Saya tak tahu Pengetua panggil dia dengan nama apa. Aten memang best jugak. Usrah tak akan senyap kalau Aten ada. Tuh yang best :)

Mirratul Mukminah. Yang nih pulak nama manja dia Mirr. Hewhew. Mirr pon best. Dia sukaaa kongsi cerita dengan kita orang. Kadang-kadang bila dia cerita, ahli usrah yang lain ternganga mulut. Sebab ada sesetengah cerita tuh, dia seorang yang pernah dengar. Dia memang up-to-date. Okay. Kitaorang lah yang katak di bawah kaca kalau hidup di asrama. Bukan kitaorang. Maksudnya saya seorang. Fullstop.

Zahidah Razif. Haa yang nih paling saya suka. Kak Der. Kitaorang memang panggil dia Kak Der. Kak Der pon best gilaa. Kak Der suka bercerita dengan penuh bersemangat. Dan dia ialah olahragawati sekolah saya. Dia panjang. Saya suka dia. Saya sayang diaaaa. Kak Der, rindu kau lah :)

Saya dapat rasakan bahawa usrah saya lah yang paling best. (jgn marah lah)
Entah kenapa saya memang tak sabar-sabar nak tunggu usrah hari jumaat malam everyweek. Makanan? Ah jangan kata lah. Lumayan. Sebab kitaorang memang suka makanan. Lagi-lagi naqibah saya tuh kahkah. Sebab tu lah asyik terlajak masa je. Rupanya makan dan makan lepas habis bercerita. Sebenarnya bukan pasal makanan lah. Sebab apa yer? Sebab saya memang sayang kan usrah saya. Fullstop again :)

Rinduuuu !