10 April 2012

Dah selotep dah :)

Hai assalamualaikum :) Tujuan entry ini kecil sahaja memandangkan saya sedang sangat busy menanam anggur, alhamdulillah. Kejap je kan dah masuk bulan 4. Dulu bukan main sesedih nak pergi PLKN. Dulu bukan main nak terkucil bila fikir pasal result. Dan dulu bukan main seronok nak habis sekolah. Hah amek kau dah bulan 4 dah pun. PLKN dah nak masuk siri 2 kan sekarang? Result pun dah terkucil keluar. Sekolah pun dah kembali dirindui. Oh sedihnya :'(

Tetiba sayup je rasa bila terbayangkan sekolah kan. Saya memang suka sekolah tapi saya tak suka kerja sekolah. Haaa patut lah pun. Apa? Angsa Ganas tolong selotep mulut. Apa nak tulis ni? Hmm.

Oh saya rasa lega hari ini sebab sebuah persahabatan yang kononnya rosak, tapi takde lah rosak mana cuma ada sedikit lopong-lopong gitu, dah selesai pun saya selotep agar tidak lagi bocor hendaknya. Alaaaah relaks sajelah ye dak. Kita hidup ni bermasyarakat kan? Sampai pukul berapa nak bermasam muka? Sampai hari apa taknak bertegur sapa? Dan sampai raya ke berapa baru nak bermaaf-maafan semula? Waah hebat madahan ini. Eheeem.

Jadi kita chill-chill sajelah okeh, kawan? Aku kawan kau, kau kawan aku. Dah selesai. Aku bahagia, kau pun bahagia kan macam tu? :) Good. Benda lama dah tak payah nak kenang lagi dah kan. Berapa bulan punya cerita dah tu beb. Aku pun dah samar-samar ni. Al maklumlah, rabun.

Sebab apa tau. Sebab bagi saya lah, kawan tuuu bukan ada dengan kita waktu  sekarang je. Mungkin 10 tahun lagi dia lah yang benar-benar kita perlukan. Eh, bukan maksudnya kita perlukan dia masa susah je. Sebab tu lah masa senang-senang macam ni, kita kena berbaik-baik. Dah takmo simpan apa-apa lagi dah. Kelakar pulak bila fikir-fikir balik. Hihihi boleh buat keluar air mata sebab tersenyum :) Semua tu buat kita jadi lebih kuat kan? Hihi.

Dan jugaaaak. Sebab tu lah omputeh kata : Experience is the best teacher :)


LOIKE the date :)
With friendship, it doesn't matter how long you've known each other or how many fights you've had. What matters is who said, "I'll be there for you" and always was and still is :)

No comments: