Okay setelah mendapat pujian daripada seorang sahabat, saya jadi berkubar-kubar nak post lagi. Hihi.
1. A simple word about kisas:
AWESOME
2. Tempat yang PALING kau rindu kat sana:
Musolla Al-Muqarrabin. Sangat selesa. *Nak menangis pun senang. Seriously rindu.
3. Dekat kantin kisas apa yang kau suka order time duet tengah banyak?
Selalunya hari ahad lah kan duet banyak sebab mak selalu datang hari Sabtu. Jadi paling best saya suka order kuey teow tomyam dengan nasik goreng tomyam. Ok sedaaap sangat.
4. Selalu outing pergi mana je? Lokasi wajib singgah?
Kadang-kadang The Store. Kalau nak up siket, Jusco Bukit Tinggi lah. Lokasi wajib mestilah Bubble Tea Buzz atau pun budak-budak kisas suka sangat singgah kedai Oscar walaupun dah tahu tiap-tiap minggu barang dia sama je. Hihihi.
5. Kenangan manis?
Banyak actually. Paintball game. Kisas Olympic 2011. Delegasi Indonesia *sebab banyak dapat hadiah hihi
Kem Organisasi. Duduk dalam dorm dengan kawan-kawan pun dah kira kenangan manis kan?
6. Kenangan pahit?
Orang conteng meja aku.
Bongok ah. Dengan malam perjumpaan Batch 56 2011.
*okay actually sama macam Fara Nani. Hmmm.
7. Form 4 ke Form 5 best?
Definitely Form 5. Dah senior siket acececeeee. Form 4 banyak sangat tido dalam kelas hahahh. Form 5 kurang siket laaa kan. Hihihi.
8. Dalam kelas subjek apa kau paling banyak kali gelak menangis-nangis?
Bahasa Arab Tinggi oleh ustazah Norhayati. Okay, feel it and you'll cry hahahah sumpah best gila.
(zaman tok tonggggg gek, peluh sampai ke ketingggg)
9. Azam sejak Form 4 yang akhirnya tercapai jugak?
Nak jadi imam kat microphone. *Okay ketar-ketar pun best hapeee hahahahahh.
10. Baju sekolah kaler apa?
Kaler putih je bukan KP bukan Perkisas bukan PRS. Underground punya wokehh?
*berbakti kat kelas jeeee okehh
11. Pernah ponteng prep?
Okay pernah. Prep petang hihihi. Konon-konon nak tido sekejap tunggu announcement, last-last gila malas nak bangun. Buat-buat bersiap time orang lain nak pegi prep. Pastuh gua tidoooo le apa lagi. Hahah ada geng time tuh. Eh prep malam pernah jugak! Golek-golek dalam musolla sebab jeles tengok budak-budak Khalid tak payah pegi prep. Hahah join sekali last-last kena amek nama.
*Tapi gua jujur okehhh peace yoww !
12. Masjid Sultan Sulaiman? Buat apa kat sana selalunya?
Wooo ini best. Kenangan saya tak balik raya haji *gila kental jiwa gua bebbb
13. Benda paling jahat pernah buat?
Actually takde lah jahat sangat. Tapi ada orang rasa jahat sangat kot. Selalu je keluar tanpa kebenaran. Lagi-lagi bila mak ayah datang wooo best dapat keluar pegi Tesco Jusco The Store pakai baju kurung. Tak jahat sangat kan kan kan?
14. Benda paling sedih?
Bila tengok cikgu-cikgu menangis. Oh no!
15. Pencapaian terbaik dengan titik peluh usaha kau sendiri?
Merentas desa dapat nombor 21. Oh no! Kalau naik satu tangga lagi, dah boleh naik pentas dah hihihi.
Lagi, larian 1500 meter dua tahun berturut-turut dapat no 3 dan no 2.
Okay rindu track tuh jugak. *Miss that moment orang sorak-sorak tiup-tiup wisel !
16. Ada malam marah-marah budak-budak Form 4 kan? Waktu tuh apa kau rasa?
Ada ada ingat lagi. Tapi sori lah sumpah tak ada rasa apa-apa waktu tuh. Lastly, tido lagi bagos. Zzzzz.
17. Peristiwa paling best yang kau ingat sampai sekarang dalam kelas kau?
Nak tahu tak, aku suka sangat sangat sangat presentation BM kumpulan Bo. Weh kelasss sangat. Aku, Hafi, Atul gelak sampai bergegar-gegar buku yang kitorang guna untuk cover mulut tuh *sebab takot terpecah gelak
Then bila aku pusing belakang, waaah! Cikgu Saripah gelak sampai merah-merah muka sambil lap-lap air mata. Aku balik je dorm teros cerita kat
Anisah Ahmad. And lastly:
Two thumbs up bro !
18. Pernah prank orang tak?
Yeeeaaa soalan paling best. Pernah pernah. Prank Nick Dayah. Time tuh musim SPM tau. Esoknya nak exam apa tah, PSI kot kot. Haha *kerja gilaaa. Actually baru pukul 10.30 malam. So kitorang plan nak prank budak-budak yang tengah tido alang-alang nak kejut baca Al-Mulk. Atul, dengan gembiranya mempercepat jarum jam dinding dekat dorm F21 menjadi 5.50 pagi. Hah mana tak cuak Dayah, yelah hari-hari dia lah yang bangun paling awal pukul 4.30 pagi. Hahah Shiro Dalawi pulak memang good actress yang diiktiraf kan. Jadi hanya satu/dua lampu dorm sahaja yang dipasang. Shiro pon bertelekung dan konon-konon solat tahajjud. Hihihi. *padahal baru 10.30 pm
Lepas tuh, aku sebagai ketua prank, DIULANGI aku sebagai ketua prank, kejut Dayah untuk pegi mandi sementara budak-budak lain berlakon letak tuala atas kepala, garu-garu kepala, mamai-mamai, dan landing atas katil lagi. Okay semuanya masih lagi berjalan lancar. Lepas tuh, Dayah amek tuala dah nak pegi mandi. Aku perlahan-lahan mengekorinya dari belakang. Sampai di toilet, Dayah sangkut tuala pastuh dah nak tutup pintu toilet tuh, laju-laju aku panggil
Dayaaaah!
Sampai waktu tazkirah Al-Mulk, kitorang menceritakan segala-galanya pada Dayah. Yang lain dok tersengih-sengih hihihi comel lah Dayah nih. *Nasib baik dia chill ouh, tak marah ! Heeee :)
Ini kenangan paling manis yoooww !
19. Peristiwa paling mendebarkan seluruh warga kisas?
Berita tergempar. Nazmin Bakri. Ooooh. Fuh fuh fuh alhamdulillah semuanya dah okay.
20. Bila nak datang kisas lagi?
Ah memang tak lah kan. Kecuali sebab nak amek result spm. Oo em gee. *Takotnya takotnya.
Banyak-banyak sori kalau tak best, saya cuma meluahkan apa yang saya rasa. Kalau awak nak yang best punya, awak buat lah tentang sekolah awak. Takde sapeee nak marah tau hihi.
Kbye Assalamualaikum. Chill ya bro !