20 January 2012

Nostalgia Jamuan

Gua sama tinggi dengan Nabilah laa weh ewah :D
Eh assalamualaikum semua. 

Hari nih saya nak rasa seronok siket sebab kawan saya (Cg. Magnet) dah buat blog ewah. *sengih-sengih je gua baca blog dia 
Btw, gambar atas nih ialah gambar masa malam jamuan batch 56. Dengan kerjasama kamera Athirah Sukimi serta camerawoman siapa eh tak perasan pulak, haaa inilah dia saya dapat sekeping je Athirah bagi. Acececeee *gua sama tinggi dengan Nabilah Daud, haaa kan gua dah cakap, lu orang je yang tak nak percaya-percaya ewah
Sekarang best lah blogwalking. Jealous nengok blog yang lawa-lawa. Haaa nih nak suggest sebijik blog, best tau baca blog dia. Dah boleh buat novel dah brader sorang nih. Saya suka lah baca ayat-ayat cinta dia eceh. Best :)


Hah selamat membaca dengan sepenuh hati. Semoga mendapat keberkatan-Nya ewah :) Chinese New Year nih habislah jalan jammed macam mana gua nak drive acececeee. Semua orang mesti lah sibuk nak beraya, makan haaangin, dan sebagainya. Budak-budak PLKN pon dah start bercuti kan? Amboi sibuk berpesbuk letteewww *gua suka nengok budak-budak sekarang guna LETEEWWWW hahahah

P/s: Dengar cerita, result SPM keluar hujung bulan Februari. Nak tahu tak dalam dunia nih, apa yang paling buat gua cuak kebebeh? Sepatah je perkataan RESULT SPM keluar daripada mulut sape-sape, dah cukup untuk buat gua kecut perut. Sumpah. Ya Allah. Takutnyaaaa!


Kbye Assalamualaikum :)

18 January 2012

Fairytale :)

   Don't worry takde buffering pon :p

P/s: One day, I wish I can understand the Chinese one perfectly :)

17 January 2012

Kemas Bilik

Okay semua. Hari nih 18 Januari 2012 iaitu hari Rabu kan? Tak lama lagi si dia tuh nak balik rumah dah. Jadi hari nih saya bercadang untuk mengemas bilik sebagai sentuhan kali terakhir sebelum beliau menjejakkan kaki ke rumah. Bilik dah okay dah cuma nak A+ kan dia je hurhurhur. Lagipun sejak habis sekolah pada 13.12.11 *acececeee dewasa dah nih hewhew banyak jugak kertas-kertas exam yang tak sempat nak dilonggokkan bersama. Hmmm nak jual lah kurang-kurang dapat jugak fulus RM100 money drop oh yeah! *Hahahh giloo

Nak sedapkan entry, saya nak tulis dengan lebih kemas lagi.

1st step: Kumpulkan semmmmuuuuaaaa kertas exam daripada UPSR, PMR sampailah ke SPM. Hmm taklah. SPM je. SPM dua tahun je kan? Tapi dia punya kertas dah macam orang study overseas patpulohpat tahun dah. Jangan kumpul je. Masuk dalam plastik besar wokehhh.

2nd step: Cadar kasi basuh. Barulah best kan nanti jadi macam hotel tujuh bintang semuaaa tukar baru. Okay kalau ada sesapa nak tunaikan hajat saya, saya nak cadar polka dot yang macam dekat gambar bawah nih. Kalau ada set langsir pon orait jugak. Okay tengkyu so muchoo : )

Tapi nak cadar saiz Queen tau! Sebab tido dua orang.
3rd step: Vacuum lantai siket supaya lebih berkilau.

4th step: Lap segala perkakas yang ada. Nampak seri macam pengantin baru siket eceh.

5th step:  Tukar posisi meja belajar dan almari baju *oi rindunya kat meja belajar oi

6th step: Sebut FUH panjang-panjang sambil menepuk-nepuk kedua-dua tapak tangan tanda selesai kerja dan senyum :)

Alhamdulillah. 

Takpe. Walaupun kerja mengemas nih tak start lagi, tapi niat nak buat tuh dah ada kira dapat pahala jugak kan? Kalau nak buat apa-apa kerja sekalipun, mestilah kena mulakan dengan niat kan. Kalau tak ibarat memandu kereta tanpa stereng acececeee *sekarang musim amek lesen kereta beb hurhurhur :p


Hah bila dah ada niat, dah ada plan semua-semua tuh, barulah ada semangat nak buat kan? Betol!
Bila dah ada semangat, barulah hasilnya best kan? Hah betol jugak!
Lepastuuu baru lah puas hati si kakak balik nanti. Oh yeah!

*Jeles ah nengok bilik orang lain adaaa bla-bla-bla...hahaha takde kojeee :p


Itu saje post untuk 18 Januari duaribudoblas. Alaaa sori lah entry nih tak mengancam, tapi kalau awak nak yang best, awak buat lah beeelog pastuh awak post lah yang best-best pulak kasi kitee baca eceh :p

Kbye assalamualaikum :)