22 July 2012

Hihihihi :)


Puasa?

Assalamu'alaikum.
Wuwuwuuu T___T baru lepas nengok koleksi gambar hari sukan kisas kat page Kisas Official. Gila betul mencabar rindu tatkala bulan-bulan puasa ni, ape tah lagi puasa pertama. Hmm macam takde kena-mengena kan, puasa dengan rindu tu? Saje je tanak kasi ada kena-mengena. Hidup kena kasi mencabar siket. Eh. Lagi lah tak ada kena-mengena. Hmm ok.

Apa khabar kalian? Sahur apa tadi? Amboi kemain makan macam berbuka puasa pulak kau eh. Hmm aku lah tu. Siap tambah nasik, ehehe kisah pulak aku. Janji sahur ye dak? Hihi. Cakap pasal bulan puasa. Aku gerenti hampir semua kawan-kawan aku rindu kan puasa kat kisas. Sampaikan ada yang reka trending baru kat twitter #RamadhanDiKisas. Hihihi yelah. Dia macam lain siket woo suasana dia. Serious tak tipu. Aku lagi rindu tiap-tiap malam terawih ramai-ramai. Ya Allah, bila lagi dapat macam tu complete satu batch perempuan. Hmm. Diam. Susah tau nak ulang balik masa-masa macam tu. Setakat nak ingat-ingat balik, cerita-cerita balik dengan geng, boleh lah. Hmm. Tunduk.

Bazaar Ramadhan. Memang tak sah kan kalau tak ada. Lagi tak sah lah kalau tak pergi even sekali dalam bulan puasa. Bukan kau. Aku lah. Heheh. Bazaar kat KI. Pergh dia punya semangat nak bertandang ke sana tu, toksah cakaplah. Boleh buat sanggup tak balik bermalam tau kalau tiba-tiba warden tak kasi pergi bazaar. Tipu je. Hehe. Yelah bukan selalu pun kan. Selang sekali jumaat dengan boys. Padahal bukan beli sangat pun. Mengada-ngada nak keluar ramai-ramai dengan geng. Yess itu point utama. Kalau beli pun, buat tambah siket-siket makanan untuk berbuka dengan classmates, usrah atau group apa-apa pun. Seronok. Bukan. Beronok-ronok sebenarnya :)

Tujuan utama entry ini. Nak mintak maaf daripada semua orang. Tolonglah wei nak 0-0 sangat ni. Aku malas lah kalau ada benda-benda remeh buat ganggu urusan harian kita. Tak kuasa aku. Hahah. Dan aku pun maafkan semua orang, in shaa Allah. Semoga Allah lembutkan hati kita supaya dapat terima kekurangan dan kesalahan orang lain. Lagi-lagi kalau kesalahan yang tak disengajakan atau di luar jangkaan (tak perasan). Semoga. Siriesly aku tak point pada siapa-siapa, ini untuk peringatan diri sendiri jugak. Kadang-kadang, bila fikir-fikir balik, ouh ya kita dah 18 tahun. Nope, maksud aku, aku. Bila dah 18 tahun, dah complete sekolah lebih kurang 12 tahun, tolak campur hari ganti sekolah (sukantara, Maulidur Rasul, kawad kaki jadah-jadah) , hari aku ponteng sekolah (demam campak, demam biasa, hujan lebat melampau, malas pergi sekolah, takut kena injection kemende ke), kita patut fikir dengan lebih matang. Kalau belum mampu, sekurang-kurangnya kita sudah mencuba. Gagal ke, berjaya untuk lebih matang ke, itu urusan Dia. Yang penting kita dah cuba. Mungkin saje belum tiba masanya. Mungkin.

Nampak gayanya baju raya tahun ni kaler purple lah ye dak. Hihi F.O.C je tauuu kau hado? Kihkih. Btw, aku sedang mencari hikmah itu. Doakan.

20 July 2012

Chill :)

Baca dan hayati. Eh, sebelum tu. Baca guna mata hati. In shaa Allah kamu akan tenang. Walau sedikit :)