07 September 2012

Tamat zaman bujangnya :)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kisah pada hari pernikahan beliau pada 31 Ogos 2012 bersamaan hari kemerdekaan negara kita. Eh apa ni. Beliau ialah yg bernama Mohamad Ikhwan. Aku Suhaila. Kakak aku Suhaili. Dan kadang-kadang 'beliau' memperkenalkan dirinya sebagai Suhaiwan. Mengong. Ah sukati. Apa haiwan-haiwan? Puiii. Kihkih. Akad nikah 2 kali? Ada orang kata 2 kali tu normal. Iye ke? Tak tahu tak tahu. Asalkan dah selamat sah jadi suami orang, syukur. Jauh kemain. Terengganu. Mak dah warning awal-awal, janganlah lepas ni jauh-jauh lagi. Eh eh eh. Aku cop jauh siket. Kihkih. Diammah. Abang aku dengan isteri dia tak habis-habis kenen-kenenkan aku dengan photographer masa hari nikah tu. Jangan ah. Dia tu dah dua puluh lebih-an. Dah ada 'in-a-relationship-with' kat pesbuk. Jangan woii. Hesh. Sudah sudah sudah. Tapi aku memang tabik ah gambar dia edit lawa-lawa. Hehehehe. Dah start lettuw aku nih. Tadi best. 7 September. Hihi.

Kak Fatma kepit tangan tu oke, tapi bila si celabah sorang tu, macam errrr -.-

Konon photogenic macam ajish lettuuww

#Ehh sesat

And THIS ! :D

Alhamdulillah :)

21 August 2012

Syawal 2012 :)

Hai assalamu'alaikum. Maaf baru balik dari Perak. Tak sempat ni nak post banyak-banyak. Semoga aidilfitri tahun ni memberi 1001 kebahagiaan, 1002 kematangan, 1003 keseronokan, 1004 kesetiaan, 1005 kecomelan, 1006 kebaik-hatian dan lain-lain. Baju raya kaler apa eh tahun ni? PINK? Hihihihihi comel lettuwww. Kak Qatrun hijau kan? Suka lettuwww. Hihi. Tahun ni keluarga cina opah ramai pulak yang datang beraya. Heee. Oi pidot sedare aku woii hahaha. Onyonyonyooo :)







13 August 2012

Iftar Jamaie Kami :)

First of all. Alhamdulillah selesai sudah melibatkan diri dalam Iftar Jamaie Batch 56 pada hari Sabtu 11.8.2012 (lokasi: Masjid Negeri, Shah Alam) yang aku kira benda ni dibuat secara rasmi, walaupun kat sana habis merata-rata semua orang. Hehe. Aku gerak dari rumah pukul 4.20 petang, dalam kereta habis aku balun tidur sebab kepenatan buat apam polka dot. Hehehe ngade je. Bukak mata je whoaa dah sampai di dunia Shah Alam. Dunia kot weh. Aku debar siket lah, sebab hmm peh peh lama kot tak jumpa dorang ni. Pastu family aku drop aku kat depan pintu besar Masjid Negeri tu. Aku terpinga-pinga, ah asal lah takde sorang pun yang aku kenal ni. Tetibeeee, CHOR ! Yesss aku jumpa dah Chor. Fuhh nasib baik ada teman. Chor datang dengan adik dia yang kiut tuh. Hihi. Selesai solat asar je terus berlegar-legar dalam tu dengan harapan menggunung supaya dapat lah jumpa kengkawan yang lain. Semoga.

Sampai di ruang wudhuk wanita, tetiba Chor "Eh Nick Dayah tu." Aku pun lantassss, Dayaaaah ! Peluk peluk dia ah comel sungguh makhluk Allah yang sorang ni. Sumpah lama betul tak jumpa beliau. Cerita cerita cerita kisah hidup masing-masing tanpa mempedulikan 'oh sesungguhnya kita berpuasa' (tekak kering habis), last-last aku dengan Chor hampir surrender. Dah dah takmau cakap banyak-banyak dah. Heheh. Lepasss tu, keluar dari kawasan wudhuk wanita tu tadi, aku jalan ke depan siket, pastu ter lompat keriangan siket sebab aku nampak Atul ! Hahaha malu siket lah masa tu. Pastu baru nampak Hafi ! Allahu Robbi sumpah aku rindu sangat dengan mereka berdua ni. Peluk cium peluk cium eh tetibe nangis pulak diorang. Heee. Masa tu kaki aku dah menggeletar sebab dahaga sangat. Sori. Bestnya hari tu. Ramai aku jumpa. Badjie Dilla Mun Atul Hafi Anis Chor Dayah Beela Farah Hajar Sarah Asna dan ramaaaai lagi, tak mampu nak mention semuanya :) 

Hahahaha apelah Anis Izzati ni. Tersalah passing barang ye cik adik? Hihi takpe dimaafkan, baidewei thanks ye :) Aku seronok nengok Najah makan apam polka dot yang aku bawak tu. Hahaha terharu jugaklah walaupun aku tahu apam tu tak menjadi sangat kali ni sob sob. Hehe thanks Najah, sumpah aku rindu kau la gilaa. Tak dapat peluk cium kau, lambai-lambai dari jauh pun ok lah kot. Hihi. Beronok-ronok aku rasa hari tu walaupun masa berbuka, kita semua makan 'main-main' je. Lepas solat Maghrib, barulah dapat makan 'serius-serius' siket kan? Air pun kongsi-kongsi je, eh nasib baik aku bawak apam polka dot tu kan kan kan hehehehe k memain je. Dengar cerita makanan untuk berbuka tak cukup eh? Sebab RAMAI GILA orang datang Masjid Negeri hari Sabtu tu. Phew. Ok gambar bawah ni, credit to Munirah Hanum punya smartphone. Hihi thanks Mun :)
 







Aku suka :)