Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum. Hey hey semua. Rindu sangat. Lama tak jumpa ni. Last entry pasal Langkawi haritu je. Lately semakin sibuk walaupun masih belum mula chapter yang baru. So far so good. Alhamdulillah. Roommates 3 orang. Syukur dapat yang sekepala. Gila-gila. Gila-gila kau sampai gelak ketawa terguling-guling kat lantai. Kat koridor pun. Hihi maluuuu.
Dulunya aku pandang Fine Art (Seni Halus) ni sebelah mata je. Alahai lukis-lukis je pun. Tapi itu semua dulu. Sekarang, tak cukup pandang dengan dua belah mata. Kalau ada lapan belas pasang mata, semua mata-mata tu aku kena guna. Tough woi. Aku down sikit. Sebab aku rasa aku paling lemah dalam seni lukisan ni dalam kelas aku. Siries lah. Aku tak ada apa-apa basic dalam seni lukisan. Langsung tak ada. Zero. Aku belajar dari kosong. Dan kebanyakan classmates yang lain dah start daripada 10, 45 atau juga mungkin ada yang hampir-hampir 98 dan sebagainya. Aku? Zero.
Cuma nak bagitahu, hari Jumaat aku tak ada kelas. Hihihihihihihihi. Tapi masih perlu bangun seawal pagi, sehening subuh dingin untuk terus melukis. In shaa Allah. Ya Allah, jauhkan aku daripada MALAS MALAS MALAS. Allahumma amin.
PRINSIP Fine art:
# Kita: Muda, berbeda, berbahaya. (Tak tahu apa kena mengena Berbahaya tu)
# Seni buat kita penat dan letih.Tapi tak boleh berhenti.
# Bila dah masuk dalam dunia seni, jangan give up. Tak boleh marah, tak boleh emosi.
Seriously cakap, kau tak akan pernah puas hati dengan hasil lukisan kau, kalau kau lukis dengan segala keluhan, bebelan dan kemarahan. Keep calm. Pasang lagu, headphone di telinga, dan nyanyi. Chill :)
 |
| Kat sini, mostly people call me 'Kechik'. |
 |
| With Dayah. In English Class. Kau gila, jadi aku turut menggila. Hihi. |
 |
| Dayah and Nadd. Weh, pukul 8 pagi kat simpang 4 :) |
 |
| Ala Nadd tak ready lagi nak senyum. Kecik nya aku. Omnomnom. |
 |
| Presenting, my rumets. Gila engkorang hihi. |
 |
| Bila ni? Minggu MDS. Sori lah aku tak suka MDS hehe. |
 |
| Dia gila, aku tak. Belum lagi. |
 |
| Jadual kite. Jumaat tu tak ada pape tau tau :D |
 |
| Sebelum ke sekolah. Eh ke kelas. |
Siket-siket je gambar memandangkan kat twitter lagaknya macam dah ramai sangat merindui Kecik. Hihi. Jangan risau. Everything's gonna be okay. Paling penting, jaga diri, jaga hati, jaga mata, jaga solat dan jaga aurat. Doakan Suhaila tak malas-malas. Dekan please. In shaa Allah. May Allah ease! Amin.
Assalamu'alaikum :)