25 May 2013

Silly me.

Tak tenang hati ni sebenarnya. Kenapa lah ego tinggi sangat ni suhaila?

17 April 2013

Random post.

Sambil menghirup teh o suam-suam suku gelas kuning, sambil tu dia memikir idea apa untuk diluahkan, perkataan-perkataan apa yang harus digunakan. Nah, inilah dia. Oh sebut pasal teh o panas, acah-acah ibu penyayang di tarikh-tarikh akhir semester yang lepas, sebab ada lah dalam dua tiga kali dia membancuhkan teh o panas untuk Hidayah, roommate sementara. Gengster dia tu sebenarnya. Sama-sama sekuat hati cuba menghafal segala nota demi peperiksaan esok pagi. Ah, last minute study. Syukur Nescafe masih berbaki. Jam 3 pagi baru mata ni nak lelap. Mengada-ngada. 

Seminggu berlalu melambai-lambai studio seni. Makin lama makin jauh tangan dari pensel pemadam apa semua tu. Ah masa cuti kita cutilah elok-elok, nanti tak ada lah asyik terngiang-ngiang bau rumah bila semester baru bukak semula. Apalah.

Yelah dia dah 19 tahun. Dah terlebih-lebih berapa hari ni hah. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kehidupan. Tahun ini, ulangtahun di kolej. Langsung tak pernah terlintas apa-apa yang seronok akan jadi masa tu. Keep calm and pretend nothing happens. Nah, selalu sangat dengar ayat tu. Blerghhh. Satu lagi, kau jangan suka hati kau ingat dia di sana cuma jadualnya melukis, melukis dan melukis. Habis kau tak fikir pulak kalau betul lah itu sahaja jadualnya, tak termuntah ke dia hari-hari keluar megi dengan abu dakwat pensel? Yucks! Sedangkan kalau kau duduk sampai lima jam menghadap buku Mathematics dengan mesin kira-kira pun, biiznillah kau nak rasa terkeluar semua isi perut walaupun kau tak ada makan apa-apa pun 4 jam sebelumnya. Pfffftt. Geramnya haha. Don't judge on what you don't understand. Kan.

Selalu dengar kan, birthday girl atau birthday boy kena tempek telur mentah-mentah? Tak kurang pula lepas tu kena salut tepung gandum? Hmm kalau betul caranya tu, boleh siap Kek Batik kemas-kemas atas kepala dia sebenarnya. Kita je yang tak terfikir macam mana nak buat. Alhamdulillah. Sebenarnya budak-budak seni ni dia lebih kreatif dan berjimat. Daripada keluar menapak semata-mata nak beli sepeket tepung ke apa, baiklah capai apa saja yang ada depan mata. Macam orang selalu kata, ambik peluang yang ada.

Birthday girl.

Bedak Johnson's Baby. Alhamdulillah, smells good. Bukannya apa, sekurang-kurangnya bermakna juga tarikh tu. Blergghh. Tak banyak benda perlu diceritakan sepanjang sem ini. Tunggulah sem lima nanti. Itu pun kalau ada rezeki, doa-doakanlah. Nah, ini Raja Syaheerah bagi. Terima kasih, suka sangat. Semoga Allah pelihara kamu sentiasa :')


Satu benda nak cerita. Kita semua kena jugak belajar memaafkan orang dan lupakan salahnya. Nak taknak, mesti didik diri. Semua orang buat salah. Hari-hari kena ingatkan benda ni sendiri. What goes around, comes around kan. Benda ni bukan hanya untuk pertahankan relationship kau dengan tunang kau ke apa. Dengan famili, kawan-kawan kau semua lah. Boleh jadi jugak orang yang pernah menyinggung perasaan kau kat facebook dan twitter. Ini random. Cuba sama-sama ikhlas selurus-lurusnya. Kalau tak ikhlas, sama lah macam kau nak sedekah karipap kat surau, tapi karipap tak ada inti. Sama-sama ingatkan.





 Selalu terfikirkan tentang 'ilmu bukan pada pointer'. Kaitkan dengan seni halus ni, hmm okay this is my passion.
Trust Him on what He has planned. Biiznillah.

Cuba fahami perlahan-lahan.

 Assalamu'alaikum.




03 April 2013

Keep calm :)

When you're going through something hard, and you start wondering where Allah is, just remember one thing that the teacher is always quiet during a test. Hmm :)



Kamu, kan dah kata everything happens for a reason kan? :)