15 February 2012

Nauzubillah !

Assalamualaikum. Sejak dua menjak tiga menjak heboh pasal result SPM keluar akhir Bulan Februari nih, tidur aku yang lena asyik ditemani oleh mimpi ngeri je. Haih. Tolong lah tolong lah jangan.

Malam tadi. Haih. Masa tuh suasana dalam dewan peperiksaan masih seperti paper-paper susah yang lain. Macam Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan. Walaupun hanya Bahasa Melayu. Apa ingat BM senang ke? Ceh. Aku yang berangka giliran ABCDEF *tak hengat* duduk seramsejuk-seramsejuk dibelakang seorang pelajar yang pintar. Ah lagi menggigil lah aku nak jawab soalan BM SPM ni walaupun dia tu half-half Cina. Eceh.

Angin sejuk dari penyaman udara betul-betul meniup hujung tudung aku. Adeh sejuk betul. Tangan pun dah menggigil macam mana nak pegang pen biru untuk mengarang karangan sepanjang 3,4, 5 halaman. Macam mana? Mata aku asyik memandang ke arah jam dinding yang gergasi kat depan dewan tuh. Bila lah nak start ni? Ah. Aku bukan nak cepat start, tapi aku nak cepat habis.

Jam 8.00 pagi. Peperiksaan Bahasa Melayu bermula. Tangan aku menyelak sehelai-by-sehelai kertas karangan tuh. Adoi. Kenapa kosong? Tak ada pilihan soalan pun. Yang ada cuma arahan sebegini dan selainnya hanya kertas kosong.


Calon dikehendaki bertenang. Peperiksaan akan bermula dalam masa satu jam tiga puluh minit lagi.


What? Ceh. Buat penat je aku berdebar tadi. Haih boleh buat gaduh nih. Apedehal =.= Habis tuh nak buat apa sekarang ni. Aku pun keluarkan henset aku. Apa lagi. Facebook lah. Memang dah dibenarkan bawak masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan, jadi tak salah lah kan aku nak main henset waktu ni? Ah siapa suruh start lambat sangat. Tapi aku yakin semua orang tertanya-tanya apa jenis soalan yang keluar dalam Bahagian A dengan Bahagian B. Aku pun sama. Haih.


Satu jam dua puluh minit berlalu. Aku pun dah bosan nengok Facebook tuh. Ramai yang tak online sebab tengah duduk dalam dewan peperiksaan macam aku. Patut lah pun. Tiba-tiba. Enset aku berbunyi korus lagu Jar of Heart. Siapa pulak call aku ni. Aku jawab.


"Helo ni Suhaila ke?" "Yer saya Suhaila."  "Ouh bagus. Nih saya pegawai dari PPD, okay sekarang ni awak dengar baik-baik. Karangan Bahagian A keluar pasal akibat pembuangan sampah sarap kepada alam sekitar. Dan karangan Bahagian B pulak pasal Kebaikan Facebook kepada remaja. Okay buat elok-elok. Ini soalan bocor Bahasa Melayu SPM tahun ini. Kbai."


Aku tergamam seribu bahasa. Apa? Soalan bocor? Ni SPM beb! Ouh rezeki rezeki. Kawan aku kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Masa orang PPD tuh call aku, member-member aku yang dekat dengan meja aku dok pandang-pandang aku. Yelah dah lah henset tak silent tadi. Kau tahu aku nervous gila sekarang ni. Mana kan aku nak fikir pasal isi karangan bocor tadi. Mana kan aku nak bocorkan dekat kawan-kawan aku yang lain. Ah. Aku tengok pengawas peperiksaan yang pakai tudung gaya Hana tajima tuh dari tadi dok menjeling-jeling aku. Jelingan dia buat aku tambah berdebor-debor. 


Start. Tapi aku pelik kenapa masa yang diberi hanya 30 minit. What? Dua bahagian karangan yang panjang dalam hanya 30 minit? Kfine. Waktu tuh entah kenapa aku biol sangat pergi buat bunyi wisel guna mulut kuat-kuat dengan harapan aku nak semua kawan-kawan aku pandang aku. Aku nak bagi tahu dorang pasal soalan bocor tuh lah. Sekali aku pandang belakang, pengawas peperiksaan tuh jalan laju-laju datang dekat meja aku. Aku cakap takde pape. Aku cuma nervous.

Tapi aku memang tak berjaya nak bagi tahu dorang pasal soalan bocor tuh. Pengawas tuh punya pasal lah. Aku buntu gila-gila waktu tuh. Aku memang niat nak tolong sesangat kawan-kawan aku. Nak kasi soalan bocor tuh lah beb. 15 minit berlalu. Aku tengok kawan-kawan aku semua tengah gigih mengarang. Aku? Kosong lagi kertas jawapan! Nama pun tak tulis lagi. Oh mai oh mai. Dup dap dup dap aku sungguh laju. tak tipu. Masa tak banyak dah ni.

7 minit terakhir. Baru aku rasa lega. Hati aku tenang siket dah. Baru aku dapat fikir isi-isi penting untuk bahagian A. Alhamdulillah. Soalan bocor pun aku sempat bagi pada orang kiri, kanan, depan dan belakang aku je. Takpe lah at least aku menyumbang jugak. Tinggal 5 minit baru aku lega sepenuhnya. What? Bahagian A baru buat pendahuluan. Pendahuluan. Aku ulang, pendahuluan. Bahagian B. Kosong lagi.

Tangan aku menggigil macam orang Parkinson tahap ketiga. Teruk dah. Dah tak boleh nak fikir apa-apa dah nih. At least bagi lah aku ruang nak siapkan karangan Bahagian A. Setakat ada sekian terima kasih dalam perenggan penutup pun kira okay dah dapat markah. Tapi sumpah aku tak sempat. Sempat sampai perenggan kedua je. Entah apa aku mengarut dalam tuh.

Masa dah tamat. Oh no! Apa yang aku nampak dalam fikiran aku waktu tu, hanya lah G. Gagal. Nauzubillah. Nauzubillah lagi sekali. Sementara pengawas tuh kutip kertas jawapan budak-budak lain, aku mencuba curik-curik tulis pendahuluan untuk Bahagian B. Sekurang-kurangnya ada markah kat situ. Mana yang sempat jelah.

Dia dah datang, dia dah datang! Pengawas tuh dah sampai. Tapi aku masih menulis jawapan untuk Bahagian B aku. Aku suruh dia tunggu sekejap. At least bagi aku setengah minit untuk isi ruangan nama dengan angka giliran aku. Dia cakap, okay saya bagi awak 5 saat dari sekarang. Aku pandang dia semacam. Kejam gila do. Ah aku hantar jelah. Apa nak jadi, jadi lah. Aku kena redha je.

15 minit kemudian. calon-calon peperiksaan SPM ni langsung tak dibenarkan keluar dewan. Walaupun nak ke tandas. Kejam. Sebab sekejap lagi markah BM yang kitorang buat tadi akan terus diumumkan. Adoi. Boleh nangis kuat-kuat aku camni. Cepat gila dorang tanda.

Nauzubillah bila aku dengar markah aku. 34%? Itu gagal. KBAI. Lepas tu aku kena hukum apa entah sebab kawan-kawan aku empat orang kiri kanan depan belakang yang aku kasi soalan bocor tadi, dorang bagi tahu dekat ketua pengawas peperiksaan aku dapat soalan bocor dari pegawai PPD. Ok aku nangis gila-gila. Apa punya kawan macam tu kan? Orang dah tolong dia, dia balas macam tuh. Tak suka betul aku.

Ini mimpi yang betul. Tak reka. Yang reka cuma pasal bukak Facebook. Tu saje. Yang lain tuh betul-betul aku mimpi malam tadi. Serius ngeri gila aku rasa. Dah lah SPM sebenar! Pasal soalan bocor tentang akibat pembuangan sampah-sarap tu pun betul-betul aku mimpi.

Jadi kepada calon-calon SPM yang seterusnya, jangan menggila pada soalan bocor. Nak gila boleh, tapi jangan menggila. Parah nanti. Belajar rerajin. Ada satu quote yang aku sangat suka :)

"Kita bukan belajar di saat-saat akhir. Tapi kita belajar hingga ke saat yang terakhir :) "

No comments: