01 May 2012

Merajuk.

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokatuh :) Harap-harap ucapan salam ni tak pernah lekang setiap kali menulis sesuatu dalam blog ini. Senyum.

Alhamdulillah. Setakat ni, ada lah beberapa orang yang sedar akan kehilangan saya daripada Facebook. Acececee. Kalau tidak, ada sahaja lah yang akan saya post setiap hari. Bila dah tak ada tu, sunyi siket lah ye dak? Perasan. Piii raaaaah. Ehehehe. Entah kenapa Facebook buat perangai dengan saya. Geramnya sangat-sangat. Okeh ceritanya macam ini. Kelmarin malam, saya on Facebook macam biasalah. Rutin harian lah kononnya kan. Pastu tiba-tiba. Bukak homepage, Laaaaah, bila pulak aku like semua ni? Okeh sabar je dulu. Lepas tu, bukak profile sendiri pulak, Laaaaaah ni dah kenapa aku like status sendiri? OK MALU. Apa lagi? Saya terus gagahkan hujung jari untuk mengUNLIKE balik semua status yang dah terLIKE secara automatiknya tu. Scroll down punya scroll down, Fuhhh lega siket ! :D Lepas tu, scroll ke atas pulak, Laaaaaaah ni dah kenapa dia like sendiri balik? OK MARAH.

Tiba-tiba, ada seorang kawan prihatin tanya saya, Eh kau dah kenapa like status sendiri? OK MALU. Saya terangkanlah dengan lembut bicara seolah-olah mahukan dia faham daripada A-Z. Alhamdulillah. Seorang lagi kawan prihatin memberitahu, Wehhhh habis penuh News Feed aku dengan LIKE engkau je. OK MALU lagi. Lepas dah fikir masak-masak insyaallah, saya buat keputusan untuk deactivate je account Facebook tu. TAPI sedihnya susah nak tahu informasi-informasi terkini daripada kawan-kawan. Lagi-lagi bila keputusan UPU dah nak keluar sangat dah ni. Sedih.

Apa nak buat ni? Ada orang suruh reset password. Berkesan ke? Entah tak cuba lagi. Nanti-nanti lah. Tengah merajuk sangat ni. Ahak. Biarlah lama-lama siket. Grrr sekarang twitter pon macam hape je. Bosan gilaaaaa punya. K takpe k takpe. Sabar.

Yeayyyy Jumaat ni pergi Pwtc jumpa geng hahaha :D Siapa eh yang insyaallah comform pergi? Suhaila, Hafi, Izzat, Anisah, Zepa, Kak Sara, Badjie. Lagi? :) Alhamdulillah. Jap jap nak tanya. Apa yang best sangat cerita Opera Van Java tu? Grrr grrr grrr.

Okeh takpe watlek je kalau sedih-sedih meh nengok Super Spontan tak pun Karoot Komedia :) Bye-bye, and Assalamualaikum :)


I can't promise to fix all your problems. But, I can promise you won't have to face them alone :)

No comments: