27 January 2012

Cantik Menarik Tertarik

Ok ok ok ok ok ok ok ok! *gaya Johan
Assalamualaikum to all my readers ewah haha

Hari ini saya nak bercerita tentang trend masa kini yang saaaaangat famous amos dalam kalangan wanita sama ada tua ataupun yang muda comel lotee. Siyesly masa dulu-dulu awal-awal tahun 2000 ke kan, memang tak jumpa pun fesyen ni kat mana-mana walaupun di kaca televisyen rumah kita. Di kaca televisyen rumah orang lain pun tak jumpa. Betul. tak percaya sudah.

Walau macam mana pun saya akur pemakaian shawl (selendang) atau pun pashmina memang lah cantik kan sedangkan saya sendiri pun pakai jugak. Macam-macam pesen kita jumpa sekarang kan. Yang berbunga-bunga. Yang berbatu-batu. Yang berkayu-kayu pun ada jugak. Betul lah kan. Pergi Petaling Street sorang-sorang best gila berpinar-pinar mata gua nengok semua tuh. Hohoo.

Dan sememangnya bukan itu trend masa kini yang saya perkatakan. Perasan tak sesetengah daripada wanita atau pun gadis-gadis di luar sana yang kepalanya sedikit membesar kebelakang apabila mengenakan shawl atau pun pashmina ni. Kalau kurang jelas, mari kira saksikan gambar di bawah ini.

Jeng jeng jeng

Kartun pun kartun lah :)

Orait. Mungkin dah semakin jelas kan? Hah bonggol kat atas kepala tuh. Ataupun sebenarnya sanggul. Ala akak-akak, acik-acik, adik-adik, tak lawa lah ada sanggul-sanggul tuh. Kadang-kadang saiz sanggul dah nak sama besar dengan saiz kepala. Ok acah je. Tapi dari segi pemerhatian, memang tak lawa pun ada sanggul tuh semua. Kalau leper je kan manis sekali dongggg. Dan kalau pernah dengar hadis tentang masalah ini, jadi apa lagi? :)

Pernah sekali saya menegur seseorang tentang perkara ini, memang ada hadis yang insyaAllah sahih (riwayat Muslim). Malangnya respon yang saya terima: Alah entah betul ke tidak hadis tuh.
Fuhhh. Mencabar.


“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)

Okay dah dapat kan? Alhamdulillah baguslah. Semoga terkesan. Tapi sesungguhnya lah kan, memang lagi manis, cantik, ayu, sopan dan comel lotee kalau tidak bersanggul. Kalau tak percaya, cubalah :) Cabar diri sendiri untuk tampil berbeza seperti selalunya. 

Ni pun cute gak *peace yowww

Gambar tambahan ehehe. Eh kejap ye. Btw saya sukaaaa sangat nengok kak Heliza Helmi yang cun gilaaa tuh. Manis orangnya. 

Cuba buat senyuman macam saya :)


Ohoho buat muka camtuh pun lawa :)
Kbye Assalamualaikum :)