Ada sangkaan baik. Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relaks disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka kedekut.
Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka sombong.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.
Mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah :)
Mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah :)
Mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa :)
Mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya :)
Mana tahu
yang ceria itu kerana cergas badannya :)
Jauhi sikap suka bersangka-sangka buruk :)
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Jadi kesimpulannya :
Bersangka baiklah :)