Seperti malam-malam kebiasaannya, Muka Buku merupakan laman web sosial yang akan disinggahi oleh Tiara. Malam itu, Tiara menghantar mesej ke Muka Buku rakannya yang sebenarnya tidak pernah mengenalinya. Memandangkan sedang cuti semester, Tiara yang mempunyai keinginan mendalam untuk mendapatkan lesen kereta secepat mungkin, bertanyakan kepada rakan berlainan jantinanya itu tadi tentang jumlah bayaran lesen kereta. Mungkin kerana rakannya itu tadi kerap kali menjadikan isu lesen kereta sebagai tajuk utama di status Muka Bukunya.
Selang beberapa minit kemudian. kotak mesej di Muka Buku Tiara nampaknya berwarna merah. Sebagai tanda ada balasannya. Lelaki itu tadi sopan menjawab persoalan Tiara. Setelah mendapatkan beberapa informasi tentang lesen kereta, bermulalah perkenalan yang langsung tidak dirancang itu.
Lelaki yang tua setahun daripada Tiara itu bernama Hadi. Kacak orangnya. Berpendidikan baik. Mengenali Tiara juga mungkin tidak pernah langsung terlintas di benak fikirannya. Namun begitu, dia benar-benar ikhlas mahu berkawan dengan Tiara memandangkan Tiara juga ikhlas menjadikannya sebagai kawan. Entah dari mana mereka mendapatkan nombor telefon bimbit masing-masing. Hari-hari Tiara dan Hadi semakin ceria tambahan pula mereka baru sahaja berkenalan. Mungkin banyak topik yang boleh dibincangkan.
3 minggu kini berlalu. Persahabatan mereka berjalan seperti biasa. Sewaktu di awal perkenalan mereka, Tiara membina utuh sebuah janji terhadap Hadi. Janji yang jarang sekali dikotakan oleh seorang gadis. Lebih-lebih lagi gadis pada zaman ini.
“Hadi, aku nak janji sesuatu pada kau ni.” ,pesanan ringkasnya sampai ke telefon bimbit canggih Hadi.
“Apa dia?”, debaran semakin dirasakan Hadi.
“Aku janji aku tak akan jatuh hati pada kau.”,tenang Tiara membalas.
Tidak pasti apa yang berlegar-legar di benak Hadi ketika itu, Hadi pantas membalas janji yang sama terhadap Tiara. Namun, soal hati dan perasaan bukan kita yang tentukan sepenuhnya. Mungkin mereka dapat menjamin perasaan mereka waktu itu. Bukan pada masa akan datang.
Hadi sudah semakin selesa berkawan dengan Tiara memandangkan Tiara seorang gadis yang kelakar dan bersahaja. Boleh dikatakan seorang gadis yang simple. Namun, mereka mempunyai minat yang sama iaitu gemar menulis cerita. Kedua-dua Hadi dan Tiara memang hebat dalam penulisan. Ada sahaja yang ingin dimenangkan mereka apabila mengakui diri sendiri lebih hebat menulis cerita. Minat yang dikongsikan mereka itu menjadikan hari-hari mereka lebih ceria apabila kadang-kadang nama Hadi menjadi watak utama dalam penulisan Tiara dan begitu juga dengan Hadi.
Di sebalik keselesaan mereka membina tali persahabatan ini, Tiara langsung tidak jatuh hati pada Hadi meskipun Hadi cukup berbeza dengan remaja lelaki yang lain. Hatinya yang baik itu sedikit pun tidak mencuri hati Tiara untuk menghadirkan perasaan cinta terhadapnya. Mungkin itulah hikmah nya dia melafazkan janji di awal perkenalan mereka. Namun entah apa pula yang Hadi rasakan. Meskipun dia kuat cemburu mengetahui Tiara membalas persoalan-persoalan rakan lelakinya yang lain, Hadi cuma menganggapnya sebagai kawan. Tidak lebih daripada itu.
Tiara seorang gadis yang baik dan comel. Tidak pernah sekali pun dia keluar malam-malam berjumpa teman-temannya seperti yang menjadi kebiasaan gadis ramaja masa kini. Tiara sangat menjaga penampilannya. Auratnya cukup dilindungi. Tiara yang bertudung litup itu sangat menggemari fesyen selendang yang menjadi ikutan gadis remaja hari ini. Dia juga tidak mahu ketinggalan. Manisnya lebih terserlah apabila setiap kali mengenakan hijab, dia akan memastikan hijabnya itu cukup labuh untuk menutup dada. Alhamdulillah dia mengerti semua itu.
MPH Bookstore. Menggunakan baucer buku 1 Malaysianya yang bernilai RM200, Tiara menghabiskannya dengan membeli buku-buku ilmiah serta sedikit peralatan mewarna untuk diberikan kepada sepupu-sepupu kecilnya yang sudah lama dia rindui. Buku soal jawab Ustaz Azhar Idrus tentang isu semasa berjaya menarik hati Tiara untuk memilikinya sebuah. Dengan harga RM15, Tiara sudah dapat menimba banyak pengetahuan melalui buku tersebut.
Di rumah. Dibeleknya isu remaja dalam buku itu. Suatu persoalan ditanyakan oleh seorang remaja kepada Ustaz Azhar Idrus yang cukup diminatinya itu. Tiara menarik nafas panjang. Bermacam-macam yang difikirkannya. Dirinya dan oran lain. “Apa yang harus aku lakukan ini Ya Allah?”. Berharap Allah mempermudah setiap yang dilakukannya.
Halaman 128: Hukum bermesej (SMS). “Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui telefon bimbit? Apakah perbuatan itu halal atau pun haram?”
Ustaz Azhar Idrus: “Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja. Sekiranya mesej seperti bertanyakan, “Sedang buat apa?”. “Awak minat apa?”. “Suka warna apa?” atau “Saya suka tengok awak pakai baju ini”, maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam.
Bagus. Ilmu dan pengetahuan baru untuk Tiara. Dia sememangnya tidak pernah tahu itu semua sebelum ini. Apa yang muncul di kotak fikirannya waktu itu, Hadi. Bagaimana harus dia terangkan semua ini kepada Hadi? Bukan sesuatu yang mudah. Rumit untuk dia melafazkan perkataan selamat tinggal kepada Hadi. Keesokan malamnya, Tiara melalukan solat istikharah dengan harapan Allah menunjukkan cara yang terbaik untuk dia beritahu Hadi tentang perkara ini. Dipintanya agar Allah mempermudahkan urusannya.
Selang beberapa hari. Tiara sudah Nampak caranya. InsyaAllah dipermudahkan. Malam itu. Hadi mengajaknya online. Seperti biasa. Tekadnya jelas muncul waktu itu. Dia mahu memberitahu Hadi perkara itu. Jarum minit bergerak ke arah nombor 12 menandakan tepat jam 11 malam waktu itu. Angin penyaman udara di biliknya menghembus laju seakan-akan memahami getaran hati Tiara malam itu. Mesej Hadi dibalasnya ringkas, “Nak tido. Sorry for everything.”
Hadi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hairan. Apakah yang difikirkan Tiara? Salah apa yang telah dilakukannya? Setahu dia, tidak pernah sekalipun Tiara mengguris hatinya melainkan perasaan cemburunya yang tiada penawar itu sendiri. Berbalas-balas pesanan ringkas di hantar oleh Hadi untuk membongkar cerita di sebalik perkataan sorry for everything Tiara itu tadi.
Malam itu, kubur berasap. Tiara membuka langkah pertama. Didoanya agar tidak tersilap langkah. Moga Allah membantu dirinya. “Jom stop mesej”. Ringkas. Dihantarnya ke nombor Hadi. Berdegup kencang jantungnya seolah-oleh laju ingin berjumpa Hadi untuk menerangkan face-to-face kepadanya. Tidak. Mungkin akan menjadi lebih rumit. Hadi membalas mudah, “Taknak.” Nampak mudah perkataan itu namun benar-benar dimaksudkan oleh Hadi.
Tiara dapat mengagak perkataan itu yang akan muncul di skrin Blackberry nya. Bagaimana sukar untuk dia melembutkan hati Hadi. Sopan diceritakan kepada Hadi tentang pengetahuan baru yang diperolehnya daripada buku penulisan Ustaz Azhar Idrus, tentang hukum-hakam dan seluruh pengisiannya. Nada mesej Hadi selepas itu seolah-olah sedikit melenting. Bukan mudah untuk dia berhenti mesej secara tiba-tiba dengan Tiara. Boleh menarik segala mood baiknya setiap hari. Sukar untuk Hadi menerima penjelasan Tiara. Lama-kelamaan, diterimanya juga meskipun segunung abu kesal terbang ke dunianya sendiri.
Hadi menghantar mesej terakhirnya kepada Tiara. “Sorry to say, Tiara. Tapi aku rasa aku dah langgar janji aku dulu. Maafkan aku. Selamat tinggal.”
Fahamlah seluruh isi dunia waktu itu tentang apa yang dimaksudkan Hadi.
Mungkin Allah sedang membantu Tiara. Tiara tahu Hadi seorang lelaki yang baik. Hadi menerima keputusan Tiara dengan hati terbuka. Indah benar hati Hadi. Bagi Tiara pula, menangis hatinya sebenarnya untuk membuat keputusan sebegitu. Demi kebaikan bersama, digagahkan juga hatinya.
Hampir seminggu berlalu. Rindu Tiara kepada Hadi semakin dirasakannya. Begitu juga dengan Hadi atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Hadi. Semua itu pantas hanya gangguan dan bisikan syaitan kepada mereka. Diteruskan hari-hari berlalu dengan tekad yang sebenar. Selepas seminggu, semuanya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Mereka berkenalan dengan cara baik. Berpisah juga dengan cara baik. Cara yang diredhai Allah. InsyaAllah.
5 tahun berlalu sepi. Tiara sudah pun menerima segulung ijazah. Alhamdulillah. Dia pula semakin cantik. Penampilannya juga masih seperti dulu. Menutup aurat. Ternyata pendiriannya teguh. Hadi pula baru sahaja berkhidmat sebagai jurutera. Semakin segak penampilannya.
Di rumah Tiara. “Tiara, ni ada bungkusan untuk kamu.”, ibu Tiara bersuara. Dibukanya bungkusan itu. Berat. Di saat tangannya membelek-belek bungkusan itu, otaknya ligat memikirkan siapakah si pemberinya. Dibiarkan sahaja fikirannya terus melayang.
Nikon DSLR. Idamannya. Senyuman terukir si wajahnya. Namun tidak ada satu petanda pun tentang si pemberi. Tiada nama. Alamat juga tiada. Tetapi yang tercatat cuma “Untuk Tiara”. Pelik.
Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir. Entah kenapa apabila dipetik butang ON pada DSLR itu seolah-olah ada yang menyentuh hati kecilnya. Tersenyum Tiara. Dilihatnya rupa-rupanya sudah ada orang yang merasmikan DSLR miliknya itu. Hanya ada satu sahaja video yang terkandung di dalamnya. Allah. Hadi. Jejaka yang mengusik hatinya 5 tahun dahulu. Video Hadi persis melamar Tiara untuk menjadi teman seumur hidupnya.
Menangis kegembiraan Tiara waktu itu. Diceritakan kepada ibu dan ayahnya tentang itu. Mereka bersetuju memandangkan Tiara kenal benar dengan Hadi.
Menangis kegembiraan Tiara waktu itu. Diceritakan kepada ibu dan ayahnya tentang itu. Mereka bersetuju memandangkan Tiara kenal benar dengan Hadi.
Bahagia. Kini mereka sudah mempunyai dua orang cahaya mata yang comel. Yang sulung persis wajah Tiara dan yang bongsu pula, juga persis wajah Tiara. Rumah tangga yang dibina berasaskan keredhaan Allah. Kisah 5 tahun yang lalu menjadi teman tawa mereka. Indah. Cukup indah.
“Hadi, Allah maha adil. Kita berkorban perasaan. Dia mesti akan bagi ganjaran. Aku akan carik hikmah tu.”
Teringat Tiara mesejnya kepada Hadi sewaktu melalui kesukaran untuk berpisah dengan Hadi 5 tahun dahulu. Alhamdulillah hikmahnya telah datang dalam hidup mereka berdua.
p/s: Watak hanya rekaan semata-mata tidak ada kena-mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Penulis asal, Suhaila :) *sori kalau tak best