8 Mei 2011.
Hari lahir Syahirah Zawawi. Yang ke 15 tahun kalau tak salah.
Malam tuh, baru sahaja 6 Mei. Rabu. Dalam perjalanan dia ke tandas di blok asramanya, kelihatan seorang jiran dorm nya sedang menggunakan telefon awam yang terletak sama tingkat dengan mahligai dorm nya.. Menggunakan syiling atau I-Talk. 20 sen sahaja sudah cukup untuk melepaskan rindu kepada ibu tersayang. Murah. Niat di hati Syahirah mahu menelefon ibunya memandangkan cuti balik bermalam bagi minggu tersebut terpaksa dibatalkan oleh pihak sekolah. Jadi, fikirnya dia mahu memberitahu berita sedih itu kepada ibunya. Selesai menggunakan tandas, dia lihat kawasan di telefon awam kosong. Tiada orang. Mengeluarkan syiling 20 sen daripada kocek seluar tidurnya, dia pun meluru ke sana.
Syahirah: Helo. Ibu, Ira tak jadi balik lah hari Jumaat ni. (suara mendayu seakan-akan mahu menangis)
Sofea Jane: Oh yeke? Tapi Ira kena balik jugak sebab kita kena balik kampung di Paris tuh. Ada urusan keluarga yang penting. Takpe. Nanti ibu telefon warden.
Syahirah: (Senyum) Yes yes! Ok nanti ibu bagi tahu warden tau. Ok lah ibu. Ira nak balik dorm. Assalamualaikum. KBAI.
Sofea Jane: Oh ok. Nanti ibu datang amek Ira petang esok. Waalaikumussalam. KBAI.
Ringkas perbualan mereka. Entah mengapa anak-beranak ini gemar menggunakan perkataan KBAI.
Sampai sahaja ke dalam dorm, Syahirah terus meluru ke katil double-dacker Isabella. Di sebelah Isabella, Olivia menyelit. Mereka sahabat baik. Sangat rapat. Apa sahaja rahsia, mereka bertiga akan kongsi bersama. Syahirah, Isabella dan Olivia.
Syahirah: Bella, Oliv. Aku kena balik lah hari esok petang. Mak aku amek. Sebab ada hal penting.
Olivia: Alaaa kau nih. Bufday kau kan nak dekat dah. Kata nak kitorang belanja. Lagi pun kita outing kan Jumaat nih?
Syahirah: Siyes tak boleh beb. Nampaknya kau simpan jela duit nak belanja aku tuh. Celebrate kat Paris lagi lah aku nampaknya. Haih.
Isabella: Ah frust ah gini. Ok lah takpe. Kitorang call kau kul 12 a.m 8 Mei nanti okay? Kau jangan tidur pulak masa tuh.
Syahirah: Ok ok. Thanks lah memahami. Nanti kita borak eh? Aku tunggu korang call nanti.
Dia beredar untuk mengemas apa-apa yang patut. Kerja sekolahnya juga sudah dia siapkan petang tadi.
Tepat 11.15 malam. Liqa' Al-Mulk bermula. Malam itu, giliran Syahirah membuka majlis. Selesai Al-Mulk, sedikit tazkirah dia sampaikan. Menarik. Diselangi dengan ketawa rakan-rakannya. Syahirah seorang yang sangat kelakar dan disenangi oleh semua orang. Sebelum tamat majlis, dia memberitahu semua ahli dormnya, dia perlu balik petang Jumaat nanti. Ada yang diam sahaja. Ada yang alaaaa. Olivia dan Isabella diam sahaja menunjukkan mereka sangat sedih.
Jumaat. 11.50 malam. 7 Mei 2011. Ah tidak sabar-sabar Olivia dan Isabella menunggu jarum panjang dorm nya bergerak ke nombor 12. Hari lahir Syahirah. Apa sahajalah yang dibuatnya sekarang di Paris itu. Kedua-dua mereka sudah siap sedia dengan dompet syiling masing-masing. Berat. Lama agaknya mereka mahu berborak nanti. Hendak sahaja mereka minta Syahirah membawa sebijik kek khas untuk mereka.
Satu minit lagi, tepat jam 12 a.m. Pantas mereka menyarungkan selipar masing-masing sehingga tidak sedar Olivia mengenakan selipar kiri milik orang lain. Laju mereka meluru ke telefon awam bersebelahan bilik study.
Teet teet. Teet teet. Bunyi ketika sedang menunggu jawapan. Tuut tuut tuut tuut tuut. Tiada jawapan.
Hampa. Isabella mendail sekali lagi. Sekali lagi. Dan sekali lagi. Olivia setia menunggu sebelah sahabatnya sambil matanya melilau-lilau memerhatikan agar tiada sesiapa yang perasan mereka menggunakan telefon waktu itu. Sepatutnya jam 11.30 malam, tiada sesiapa pun yang diberi kebenaran untuk menggunakan telefon.
"Lantak. Apa sahaja lah yang mereka boleh lakukan. Ambil nama? Silakan. Hahaha.", fikir Olivia.
Degil. Mereka memang degil. Nakal juga. Ponteng prep petang sahaja sudah biasa mereka lakukan. Tiba-tiba. Bunyi tapak selipar. Entah kasut atau selipar. Mungkin selipar. Siapa lah yang nak pakai kasut malam-malam buta begini kan. Seseorang meluru ke arah mereka. Mungkin sebenarnya dia mahu ke tandas. Nampak sahaja ada orang menggunakan telefon, terus dia mematikan niat asalnya.
"Pengawas? Alamak. Ketua pengawas rupanya. Habislah. Dia dah lah garang beb. Matilah kita. Ah. Kisah apa aku. Okay chill.",terdetik di hati Olivia.
Lebih kurang lagi 7 tapak ketua pengawas itu menghampiri mereka, Olivia melemparkan senyumannya yang paling manis. Senyuman yang boleh mencairkan pengawas peperiksaan sewaktu menanda jawapan Chemistry SPM 2011. Dengan harapan ketua pengawas itu membalas senyuman budak nakal itu.
Pengawas: Eh ni telefon siapa ni malam-malam buta pukul 12 ni?
Olivia: Oh. Kitorang nak telefon Syahirah Zawawi. By the way, hari nih dah masuk hari jadi dia tau. Hehe. (dia mahu mengambil hati ketua pengawas)
Pengawas: Tapi kan dah pernah bagi tahu. Start pukul 11.30 malam, tak ada sape pun yang boleh guna telefon. Peraturan tetap peraturan.
Olivia: Habis tuh nak buat apa nih? Tak apa lah. Amek jelah nama kitorang. Takpe.
Pengawas: Hmmm (fikir). Ok saya bagi awak 1 minit je lagi untuk cakap bye dan end call.
Olivia: Aih macam tuh pulak. Tapi kitorang dah janji nak call Syahirah...
Pengawas: Start 1 minit dari sekarang.
Tegas. Olivia membisik ke telinga Isabella supaya mematikan talian. Isabella sedikit kecewa Syahirah tidak mengangkat panggilannya. Tapi dia sangat yakin Syahirah akan mengangkatnya sebentar lagi. Dek kerana perlu mematikan talian. Dia matikan.
Hampa. Bukan hampa dengan Syahirah. Dengan yang seorang itu. Balik dorm dengan muka masam. Tiada mood. Mereka terus tidur. Marah betul kalau guna telefon malam-malam ye. Kalau ada emergency, lupakan jelah.
Minggu Peperiksaan Percubaan SPM (Negeri). Ah takutnya. Sampai ke tengah malam pun ramai lagi yang bertandang ke bilik study. Kerja keras yang sihat. Soalan spot? Beratur yang dapat. Dari sekolah lain, kawan-kawan sekolah lama. Conform setiap subjek, ada sahaja yang akan buat pengumuman tentang soalan spot. Bagus. Tolong-menolong ke arah kebaikan.
Ramai sahaja yang menggunakan telefon awam. Daripada lepas solat Isyak. Memang tak putus-putus. Sama juga lah dengan yang call mak ayah sebab nak mintak restu dan doa. Alhamdulillah. Belajar dan terus belajar. Moga dapat yang terbaik hendaknya.
Isabella, Olivia dan Syahirah yang menjadi pengunjung setia bilik study, mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Hati mereka panas. Panas. Fikiran mereka juga panas. Hendaknya kalau diletakkan sebijik telur mentah ke atas kepala mereka, mahu sahaja terus siap direbus dalam masa dua minit. Dilihat sahaja mereka orang yang beratur menggunakan telefon.
Syahirah sudah mula menguap tanda mengantuk. Dijelingnya jam tangan Swatch nya. Ah sudah pukul 12.30 malam. Dia mahu masuk tidur. Fikirannya sudah mula melayang. Dia mengajak dua orang kawan baiknya untuk balik ke dorm. Tidurlah supaya esok pagi tidak mengantuk dalam dewan peperiksaan.
Masing-masing menyarung selipar. Dilihatnya Isabella dan Olivia ke arah telefon awam. Senyum sesama mereka berdua sahaja. Tidak putus-putus orang menggunakan telefon. Tak ada pon orang nak menegur. "Apelah. Dulu aku nak guna telefon sekejap je pun nak wish hepi bufday, pon tak boleh. Haha.", Isabella bermonolog. Kejadian 8 Mei dahulu langsung tidak diceritakan kepada Syahirah. Ah biar dia tak tahu.
-THE END-
Moral: Kalau nak pegang amanah, pegang betul-betul. Kalau nak jadi orang yang sporting yang lek-lek je, lagi bagus. Lagi orang suka kat awak. Hehe KBAI.
P/s: Cerita ini hanya untuk dijadikan pengajaran semata-mata untuk kita sama-sama jadi lebih kuat dan adil dekat luar sana nanti. Gua tahu gua tak bagus macam lu orang. Tapi ending cerita ni macam tak cool langsung kan. Banyak lompat-lompat. Alaaa malas lah nak edit. Terima jelah eh. KBAI lagi.
No comments:
Post a Comment