03 February 2012

9 kedai beb

Pagi nih. Macam biasa. Awal aku bangun. Pukul 9 pagi *angkat-angkat kening*. Pegi pakai smart-smart dengan harapan, doa dan tekad yang teguh untuk mencarik kerja yang baru. First sekali. Pegi Cosway. wah ada kertas tampal kat dinding dia, ada jawatan kosong. Okay. Gua masuk. Bla bla bla. Aku keluar balik. Pakcik tuh kata datang pukul 2 karang. Pukul 2 karang baru boss datang. Jadi aku terus fikir, wah jadi boss pun smart gak en datang pukul 2. KBAI.

Lepas tuh try tanya kedai roti & kek. Ah macam best je kan. Best-best pun tak ada jugak. Haih. KBAI lagi.

Lokasi seterusnya. Speedmart. Yang kaler hijau kuning tuh lah. Ok fine 4 hari lepas dah pernah datang Speedmart yang sama jugak. Aku punya lah tak puas hati sebab cepat sangat dah penuh orang kerja kat situ. Ok lah tak, sebenarnya aku yang datang mintak kerja situ lambat sangat. Hihihi. Tapi best lah sebab dekat dengan rumah aku. Jalan kaki pun boleh. Serius nih *dahi berkerut*. Pastuh aku patah hati buat kali kedua dekat Speedmart tuh. Dah dua kali dia kata penuh. Ok gua touching gila dengan syarikat Speedmart seluruh Malaysia. Tak nak suruh mak aku beli barang dapur kat situ walaupun murah. Eceh yer yer je.

Pusing-pusing lagi. Sampai satu kedai tuh. Rahsia lah kedai apa. Tak leh gitau. Eheh. Aku tanya makcik tuh. Muka dia baik gila senyum kat aku. Macam harapan jelah aku akan dapat daripada makcik tuh. Tanya-tanya ada nak pakai orang kerja tak. Sorilah dik buat masa nih belum lagi. Ok. Sedih lagi. Habiis masa bila baru nak pakai orang kerja? Hmmm. Hihihi.

Seterusnya aku drive lah laju siket kan. Paneh punya pasal. Alaa lek ah baru 3 kedai. Ceh. Mana ada aku drive. Ayah aku lah kan yang teman. Drive pergi satu tempat yang jauh siket lah. Sampai-sampai je. Kedai apa eh. Oh. Speedmart jugak. Cawangan lain. Tah asal lah aku berjodoh sangat dengan Speedmart. Dia lekat kertas jawatan kosong. Aku pun sengih lah. Masuk je, aku tanya. Bang, ada kerja kosong lagi ke kat sini? Oh dah penuh lah dik. Dalam hati aku rasa macam nak tolong cabut je kertas jawatan kosong kat luar tuh. Haih.

Kemudian. Jalan sedikit ke depan. Ada butik baju dengan tudung. Wah macam best nih. Alah takde kerja kosong jugak akak lawa tuh kata. Aku pun KBAI lah akak tuh dengan ikhlas. Sebab dia lawa. Eheh. Sebelah tuh ada aunty Cina offer aku kerja kat kedai dia. Memang nak pakai orang dia kata. Kedai apa yer. Oh kedai barang-barang dapur senduk periuk kejadah semua tulah peh smart gila aku. Tapi so sad ah gaji dia RM600 je. Bukan memilih. Tapi aku nak try carik yang lain pulak dulu la kan. Tapi aku isi jelah borang dia saje nak buat kenangan. Eceh.

Jalan lagi. Naik kereta lah. Sebab seberang jalan. Ada kedai Kodak. Akak tuh macam nak kasi kerja tapi dia nak tanya boss dia dulu. Aku pun isi jelah borang dia. Akak tuh baik. Lawa pulak tuh. Eceh.

KFC. Lokasi seterusnya yang aku jejak. Aku dalam hati memang dah set tak nak kerja McD atau pun KFC atau pun Pizza Hut. Aku tahu kerja situ cam tak kan berhenti bergerak. Tapi, yelah nama pun kerja. Aku rasa KFC situ macam baru bukak je. Dia letak borang jawatan kosong banyak gila. Aku amek satu. Ayah aku soh try. Tah lama jugak aku fikir. Haih acano nih?

Pastuh. drive jauh siket. Pergi Jusco Rawang. Lengang. Tak ramai orang lah siang-siang kan. Pusing-pusing. Tak banyak pun kerja kosong. Balik gitu je aku. Tapi aku fikir-fikir balik pasal KFC tuh. Ah tanak lah bagi tahu KFC mana. Eheh. Aku ajak member aku sorang jom try kerja situ. Dia pun kata okay set. Hah nanti lah try datang balik kat situ. Serius dalam dilema ouh sekarang. See? Berapa banyak aku mintak kerja hari nih? KBAI. Actually macam dah bored gila dok rumah en. Hahaha padan muka nanti balik malam je kau. KBAI.


Doakan lah aku dapat jadi boss ke :)