14 February 2012

i heart you :)

Assalamualaikum. Hari ni aku rasa nak menaip lagi memandangkan perut tengah lapar. Uh?

Sesekali tengok blog Anisah Ahmad dengan Munirah Hanum bila mereka bercerita tentang saat-saat persekolahan best jugak. Macam cool gila je kan ingat semua tuh balik. Aku nak buat jugak lah. At least bila aku baca sensorang nanti, aku sengih. Ehek. Lepas ni kita semua akan jumpa jugak sebab nak amik result SPM kan? Ya Allah tetiba rasa dup dap dup dap ni aaaaaaa.

Syahirah Zawawi : Okay budak sorang ni memang cool gila. Suka balik dorm penat-penat mengah-mengah lepas tuh carik kipas. Ahak. Lepas tu kalau ada merentas desa atau pun sukan yang mengakibatkan sengal-sengal belakang, suruh aku pijak belakang. Tahu lah aku ringan macam kapas. Haih. Aku simpan lagi bedak Carrie Junior yang kau kasi aku tuh. Banyak lagi ni entah umur berapa nanti baru habis. Lepas tuh, musim raya. Orang dah habis stok kuih raya, dia tak putus asa bawak berbalang-balang kuih raya yang enak-enak dari Puchong. Peh peh peh memang terbaik lah. Hahaha aku nak tersengih je bila ingat kau kena tembak dengan pistol air  plus plus kena tiup wisel kat telinga dengan volume yang maksima oleh cikgu Nani. Terbaik lah kan. Hahahaha best-best. Sori lah sebab time tuh aku gelakkan kau masa aku dekat katil aku. Tak kan boleh lupa saat tu. Aku sayang kau gila-gila punya Shiro. Jangan pergi meninggalkan aku orait?

Hafi Huzaifah : Ni pun satu teman bersedih dan bergembira aku. Ehek. Paling best malam prep yang besoknya ada paper PQS, kita bertiga dok touching-touching berkaca-kaca bebola mata pulak kan? Adeh aku malas nak ingat pasal tuh. Eeeee. Lepas tu dalam kelas best jugak sebab kau selalu teman aku tido kahkah. Lepas tu aku paling ingat bila Fluorine panggil-panggil kau, ceh terasa betul aku. Cis bedebah. Heheh. Kau punya love Fe dengan Pt ni aku dah siapkan, paling special do do. Yang pasal carbon tu, dah cite lama kan. Support aku kali ni tau tau? Aku rindu nak borak dengan kau dengan Atul jugak. Ketawa sesama. Sedih sesama. Kawan dunia akhirat aku lah kau ni, Hafi. Jom jom nanti kita keluar tiga orang. Kau belanja? Ok thanks :)

Atul : Ada orang panggil Atun, aku panggil Atul, takpe kan Atul? Dia baik. Baik sesangat. Haih. Tak pernah buat aku marah atau sesedih. Serius tak pernah. Sopan je dia tau. Esh cemane nak tiru nih. Best kan time pergi rumah Chai kat Shah Alam tu kita bahan-bahan Yam ehek. Atul kan, dia sangat rajin tau. Tido pun kadang-kadang dengan buku. Respect gila kat Atul. Masa form 4 kita malu-malu lagi kan sebab baru kenal. Sekarang ni best lagi-lagi kalau Hafi ada. Cakap tak boleh nak berhenti rasanya. Atul orang Kedah sama dengan Odah tapi tak terpengaruh  pun nak hilang loghat Kedah dia. Hekhek. Rindu nak outing dengan Atul jugak. Dok PLKN elok-elok tau Atul? Rindu nyaaaaa :)

Adilla : Ah budak ni sorang lagi. Kejap KITE AWAK. Kejap AKU KAU. Flexible betul kan? Bila-bila masa je boleh bertukar fuyoo fuyoo. Ada satu malam tu best gila kan. Pukul 4 pagi baru kita tido. Habis terbongkar semua cerita malam tuh. Esoknya paginya aku cool gila tak ngantok. Bila sampai je tengahari, habis lah menguap tanpa henti je aku. Kau la ni kan? Aku pun tak faham jugak kisah kau dengan si Toble sorang tuh. Hikhik. Tak faham tak faham. Takpe. Apa-apa hal pun aku sentiasa ada untuk kau, Dila Dilot. Aku sokong apa yang terbaik untuk kau. Masa SPM suka tido sebelah aku kat katil aku. Sempit lah esh. Tapi best jugak dapat borak-borak kejap. Kau selalu lepak katil aku konon-konon taknak dok sensorang nanti ngantok. Eceh. Aku sayang kau jugaaaaaak. Rindu kau.

Badjie : Nama paling aku minat dalam dunia. Badjie Xaebcourieyiean. Mintak-mintak lah tepat ejaan tu hikhik. Badjie best jugak. Kita start rapat masa tengah tahun Form 5 kan? Dengan Hafi, Atul, Yam. Terima kasih banyak-banyak pasal kenangan kat Shah Alam. Tak kan boleh lupa pasal tu. Lepas tu ada satu hari tu waktu PSI, konon aku nak elak ngantok kan (aku memaaaaang rajin ngantok time PSI, KBAI), aku buat Add Math. Ya Allah aku tahu tuh salah. Tapi aku pasti sepasti-pastinya akan mengantok kalau hanya duduk mendengar tanpa buat apa-apa. Tak tahu kenapa. Aku pun buatlah soalan Add Math sambil dngar ustazah mengajar pasal Munakahat (nikah-nikah). Siap pegang kalkulator kira-kira beriya bagai. Tak lama lepas tuh ada surat kecik sampai daripada Badjie. Eh Suo, tengah kira apa? Mas kawin ke? Hahah mengong aku pun rasa sangat terkantoi. Kehkeh. padan muka la kan. Badjie memang baik. Rindu kat dia. Bila mahu ketemu?

Anisah : Budak paling kuat makan. Tapi keding je macam cicak kobeng ehek. KR aku ni, jangan main-main naaa. Kuat makan, tido mesti awal, Bagus tu jadual kau. Hihi. Budak gila froggy? Yelah kau. Dulu masa makan satu meja dengan kau kat DM, aku rindu cara kau dengan Asna beriya bersungguh-sungguh makan udang. Aku nak kopek udang sekor pun malas tahu tak? Tapi kau tak. Usaha tangga kejayaan kan, Anisah? Heheh. Bila kau dah tak makan satu meja dengan kitorang, rasa macam lain pulak. Eceh. Yang paling aku suka, kau tak pernah menolak apa sahaja yang aku kasi. So i bet kau sangat menghargai. Takpe aku suka. Kalau ada perjumpaan rumah ke, costum kau sama je. dah macam rasmi pulak kelawar yang tu kan? Hikhik. Paling tak boleh belah malam petang tuh aku fly pergi Jusco Bukit Tinggi dengan mak aku bawak Atul dengan Izzat, sampai asrama 7.30 malam, maghrib baru sampai. Kitorang pergi musolla terus. Selesai solat, Yaasin kan. Boleh pulak kau panggil aku bagi tazkirah di saat takde benda aku nak cakap sebab happy baru balik dari Daiso si kedai Jepun. Aku paling tak boleh lupa waktu tuh. Eceh. takpe kenangan kan? Aku sayang kau Anisah. Rinduuuuu :)

Izzati : Hah budak lemah-lembut sorang ni. Suka benar nengok aku menari lagu Potass kahkah. Aku suka jugak landing dekat katil kau kat F01. Dulu masa sebelum-sebelum SPM selalu je aku lepak sana. Bila dah SPM macam busy pulak. Ingat tak time aku, kau, Atul pergi Jusco dengan mak aku. Sori lah Izzat, banyak kali bahan kau depan mak aku. Cakap kau nak tolong top up kan minyak kereta mak aku lah kan kehkeh. a
Aku suka set sepersalinan kau yang warna coklat air tu hahaha. Muka kau suka merah-merah kalau gelak ke apa kan. Acececee blushing letteewww. Masa SPM kau suka call aku tapi taknak aku angkat sebab kau nak dengar Caller Ringtone aku lagu Dadali kan. Yelah lagu tuh kan hot masa tuh eceh. Papehal pun best tau dapat bahan kau lepas tuh muka kau memerah. Hihihi rindu kau Izzat. Jom jumpa?

Mun Wa Mimi : Selalu bertiga dorang nih. Satu geng. Makan kat DM pun semeja eceh. Mimi sempoi, lepak kat katil dia memang best, buat-buat dia terperanjat bagai, hekhek. Mun, kreatif. Tulisan dia manyak cantik wooo. Aku dengan Dila suka main game ikan kat enset kau time SPM. Thanks Mun, heee. Wa pulak, matured ouh. First time tengok gaya dia, macam tua setahun sebab matang. Wa suka buat sesuatu yang memeranjatkan contohnya cara ketawa. Ehek. Dorang ni tak pernah berpisah. Bersama-sama je ketawa, bersedih, berkongsi cerita. Aku suka tengok korang bertiga. Semoga persahabatan korang bertiga berkekalan sampai bila-bila tau? Janji dengan aku? :)

Nick Dayah : Aku rasa macam nak berkaca mata aku bila nak tulis cerita pasal kau. Serius aku rindu kau sesangat Dayah yang comel. Yelah. Dah dua tahun berturut-turut kita tidur katil sebelah-sebelah. Semua perangai kau  waktu tidur, aku sorang je yang faham. Kau lah yang aku sayang. Bila hari-hari aku nak pergi toilet pukul 3,4 pagi, kau jelah sorang yang setia bangun kalau aku kejut. Bukan apa, perut aku kembung sebab tidur direct bawah kipas. Sejuk maaa. Aku pernah je kejut Atul, Anisah, Najah sebab nak suruh temankan aku pergi toilet. Aku kesian kat kau sebab asyik kau je yang kena teman kan aku. Tapi bila aku kejut dorang, tak pernah berjaya. Last-last aku kejut kau jugak. Heheh. Aku pernah try bangun sensorang pukul 3 pagi pergi toilet. Ya Allah, semacam je aku rasa. Serius aku rasa tanak pergi sensorang lagi. Cukuplah sekali tu saje. Dayah, aku rindu kau do. Aku percaya budak-budak E24 yang lain pun rindu kau. Nak usya-usya kau time Al-Mulk. Ah, aku rindu semua ituuuuu. :)





Friendship born at that moment when a person says to another : "What? You too? I thought I was the only one."
-With love, Suhaila

4 comments:

nickdayah said...

Sayang ko jugak!!! Rindu giler~

Munirah Hanum said...

love this so much suo ! thanks ! i love u for a thousand more ! muah muah ;)

dariilhamkehati said...

wah ! >_< cweet cgt !
cantek2 gmba tuh ,

Anonymous said...

Ukhwah berterusan :)