27 February 2012

Yakinlah usaha itu tangga kejayaan :)

"Baiklah. Acara seterusnya iaitu acara terakhir kita pada hari ini ialah larian 1500 meter perempuan Tingkatan 5."

Ah. Alamak. Aku lah tuh. Aduh apesal tetiba sejuk semacam ni. Nervous gila. Alahai dah lah 3+3/4 round track ni gilaaaa kau. Takpe-takpe. Relaks kejap minum air glukos dulu lah. Insyaallah. Dah nak separuh kenyang aku tibai air glukos dengan harapan dapat membantu aku tu, aku pun berjalan-jalan comel ke arah pengawas sukan. Aku tak berjalan seorang diri. Ditemani oleh lagi tiga orang rakan seperjuangan dari rumah sukan yang sama, rumah Pisang. Pisang warna apa? Warna kuning. Ok. Bagus. Aku bagi ipad sorang satu.

Setiap rumah hantar empat orang wakil untuk acara ni. Semua sekali ada empat buah rumah sukan. Epal, Limau, Pisang dan Betik. Aku rumah Pisang. Esh kan dah bagitahu tadi. Lupa eh? Dah ready nak lari, kitorang berbaris bersebelah-sebelahan. 4x4=16. Jadi, semua sekali ada 16 orang peserta termasuk aku. Ok. Nervous. Sangat. Aku pilih tempat kedua dari kiri. Entah lah kenapa, bukan sebab ada luck ke apa. Main belasah je mana-mana pun. Sebelah kiri aku, budak rumah Pisang. Ah memang kuat lari pun dia ni. Merentas desa hari tu dapat nombor 3 kalau tak salah aku. Aku je tetiba masuk. Ah.

Aku tak puas hati lagi. Pandang kanan pulak lah kot-kot ada apa-apa yang boleh buat aku bertenang sikit waktu tu. Kanan. Ah. Dah macam KLCC. Tingginya dorang ni. Ada yang sorang tu dari rumah Durian Betik, paling tinggi kat sekolah aku. Habislah. Tetiba semangat turun. Ah cemana ni?

Kitorang berdiri bersebelahan 16 orang kesemuanya. Ada seorang cikgu jaga. Cikgu Manaf. Ah tegapnya dia tu macam Aaron Aziz sikit-sikit. Selebihnya macam Johan Asaari. Dia kasi briefing dulu seminit dua sebelum start berlari.

"Kamu jangan speed dulu awal-awal lari ni sebabnya nanti kamu akan penat cepat. Kamu kena relax-relax saje jogging macam kamu jogging petang-petang. Nanti takde lah penat sangat kan. Ok kalau rasa macam tak larat sangat, berjalan saje lah sebab kalau kamu paksa berlari, nanti kamu pitam pulak. Cikgu malas nak tolong, hihi. Tapi kalau power, ah speed lah kamu waktu nak sampai kat garisan penamat. Cikgu belanja cendol nanti kalau menang."

Cikgu melawak apa ni cendol-cendol. Ah risaunya aku kalau tetiba pitam. Bukannya risau. Maluuuu. Hahaha. Nak taknak, aku kena lari jugak. Dah ada dalam track ni, kalau nak tarik diri boleh buat malu kat satu SBP. Ah taknak malu. Dah selesai pun beriefing. Alahai cikgu Manaf. Taklimat lah lama sikit biar hilang darah gemuruh saya ni oi oi oi. Baru aku tahu, kalau lari 1500 meter ni tak payah nak kegarisan sedia mula! sangat. Memang tak ada pun. Pergi jelah lari sesuka hati kau. Asalkan dapat nombor, dapat habuan. Bukan cendol tu ok.

Peeeeeet !!! Larian bermula. Aku masih cool. Ya masih lagi cool. Glukos tadi pun belum tersejat lagi kot. Harap-harapnya macam tu lah. Aku cuba amek lorong paling dekat dengan bulatan tengah. Paling kiri lah. Nak pergi mana jauh-jauh kan? Masa tu aku tak boleh nak fikir apa-apa dah. Kawan-kawan rumah Pisang yang lagi tiga orang seolah-olah macam aku dah tak ingat. Aku cuma fikirkan diri aku. Bila peluh dah mengalir kat dahi, tudung dah bengot, muka dah serupa takde mood, tangan dah lenguh, aku cuba untuk cool kan diri. Relaks lah.

Selesai habis satu pusingan. Hahaha yes yes! Tapi ada lagi 2 pusingan lebih lagi. Muka aku dah merah-merah macam pakai blusher 5.5 inci. Baidewei aku tak sangka sangat aku dapat habiskan satu pusingan penuh tu. Ohmai ohmai satu kejayaan. Bila sampai ke area penonton, aku seronok sebab dapat sokongan dan tepukan gemuruh rumah Pisang untuk aku. Rasa macam semangat pulak. Masuk pusingan kedua, aku tak perasan aku berada di tempat yang ke. Ke. Ke. Kelima. Aku saje pandang-pandang belakang nak tengok apa yang dah jadi. Ada 3 orang dari rumah ape tah tengah berjalan seolah-olah give-up. Penat sangat kot sebab tadi dorang lari untuk acara 800 meter jugak. Aku tetiba nampak cendol depan mata. Ah. Mimpi kosong je tu. Cendol sejuk-sejuk memang kegemaran aku. Kau?

Mulut aku tertutup rapat sebab kalau bukak nanti tercungap-cungap macam dah nak nazak sangat. Aku tutup serapat-rapatnya. Dalam hati aku tak banyak yang aku fikirkan cuma aku mintak Allah bagi aku kekuatan waktu itu. Insyaallah. Yang lain, aku cuma bayangkan cendol wak Kanang yang enak tu. Yelah cuma nak sedapkan hati je.

Tamat pusingan ketiga. Ah. Tinggal satu round lagi. Aku potong sorang demi sorang. Ah payahnya nak pecut. Aku tengok lagi belakang. Ada seorang ni dari rumah Epal. Macam nak pecut aku pulak. Sebab waktu tu aku tetiba berada kat depan sekali sebab aku potong beberapa orang dah tadi. Ok taknak percaya sudah. Bila aku kat depan, aku rasa penat sangat sangat sangat weh. Kaki dah macam takde. Lutut dah macam longgar. Mana pergi skru? Entah-entah aku dah telan sebab perut macam kosong waktu tu. Secara seriusnya aku macam dah buat keputusan untuk berjalan. Berjalan. Dan berjalan, setelah berjaya tamatkan 3 rounds? Oh no. Please ah jangan memandai-mandai.

Hampir-hampir saje aku berjalan. Tolonglah kuat semangat sikit ! Waktu tu aku berdoa sungguh-sungguh mintak tolong Allah bagi aku kekuatan luar biasa. Amin. Lagi 200 meter je lagi nak sampai ke garisan penamat. Lalu depan penonton, aku buat petanda melambai-lambai menunjukkan aku dah tak larat nak speed. Tetiba dengan kuasa Allah dan atas usaha yang luar biasa, peserta rumah Epal yang nak pecut aku tadi berjaya speed ! Sampai lah ke garisan panamat. Aku macam nak pengsan. Kaki macam dah hilang. Jantung macam dah singgah Wak Kanang pergi order cendol 15 mangkuk. Penat sangat. Tapi aku redha sepenuh hati. Sungguh hati aku tak bohong.

Alhamdulillah :) Naib juara. Syukur sangat-sangat. Dalam kepala yang aku bayangkan cuma lah cendol dan tilam Vono. Nak baring nak tidur terus!  Balik dengan muka merah-merah ala-ala gadis Jepun dengan medal perak bersangkut di leher. Senyum saje walaupun kepenatan. Alhamdulillah dapat jugak sumbang mata untuk rumah Pisang. Tak sangka rumah Pisang dapat jadi Naib Juara sepenuhnya tahun tu. Rasa sangat berbaloi lah. Syukur :)

Jadi pengajarannya di sini, yakinlah dengan Dia dan usaha lah sebaik mungkin. Rezeki mungkin menyebelahi kita. Peluang tidak selalunya ada di depan mata. Bila dah ada, grab lah! Ini quote yang aku sangat hargai. Hayatilah maksudnya ok? :)

Allah doesn't require you to be the best. But He wants you to do your best. And He will take care of the rest ! :)

No comments: