01 March 2012

Jangan baca ni. Tau.

Baiklah. Assalamualaikum. Macam tulah biasanya ayat pembuka bila nak menaip. Sihat? Uh. Bagus.

Hari ni kan, aku kan, seram sejuk kan. Kau tahu sekarang dah masuk bulan Mac? Bukan BigMac. Bulan Mac. Result SPM. Okay sape kat sini amek SPM 2011? Kau kau dan kau. Great. Susah kan? Tolong ah angguk weh teman aku ni haaa. Takkan lah aku sorang je yang rasa SPM tu susah. Macam lebih susah daripada trial. Apedehal. Aku seram jugak ni nak amek lesen kereta. Alaaah.

Kementerian Pelajaran, tolong ah bubarkan SPM tu weh. Buat tension budak je. Uh. Macam tak percaya tak lama lagi result SPM akan keluar. Macam tak percaya tak lama lagi aku akan datang balik sekolah aku dengan memakai pakaian seragam sekolah. Macam tak percaya lagi aku akan jumpa reramai kawan-kawan sekolah aku dari seluruh Malaysia tu. Hehe yang tu best. Kalau ikutkan hati, aku lepas amek slip sehelai yang nipis tu, aku nak pacu laju-laju, kita lari dari realiti lalalaa. Aku suka lagu tu. Tapi masalahnya tak boleh. Memang banyok nak kena jumpa orang. Haih. Sedih.

Bila dah tak sampai sebulan, haaa mula lah buat itu tak kena, tidur tak lena, mimpi pun takde. Ape pun tak boleh. Tapi tidur aku masih lagi lena setakat ini alhamdulillah syukur. Dia yang nak dekat lagi seminggu tu yang buat tak boleh tidur tu. Haih. Em sekarang masih lagi hot yer tentang perkahwinan Lisa Surihani bersama teman hidup sepanjang hayatnya Yusry. Peh peh peh apehal Lisa tu lawa gila? Muka garang tapi lawo. Aku ni muka je garang. Boleh jadi cekgu tadika. Uh.

Memang tak ada apa-apa point pun entry kali ini. Ouh tak apa, aku memang nak kasi kucing ayah aku je baca. Sedih lah. Kucing ouh kucing. Tolong lah jangan nak masuk rumah sesuka hati kau. Aku rasa macam aku pulak je yang tetamu dalam rumah tu. Bila aku naik atas, lalu nak masuk bilik je aku dah nampak kau berlena-lenaan di atas katil abang aku. Ok thanks sesangat. Kau jugak lah yang telan habis ayam goreng KFC aku. Drumstick pulak tu. Haih. Sedih ni. Dan kau jugak lah yang terkucil dekat timbunan kain yang baru angkat dari jemuran kan haritu? Kau comel sangat dengan perangai kau. Maaf lah kalau aku tersalah didik kau. Tapi aku tak pernah berniat nak didik kau. Ah.

Banyaknya aku bersedih dan berkecil hati dengan kau oh Chokobo. Nama ni baru sekarang aku terfikir. Macam cool. Hmm. Apa lagi yer. Hah. Aku doa sekarang ni ya Allah kau redha kan lah hati aku untuk terima apa-apa sahaja keputusan yang akan keluar kat slip peperiksaan tu nanti. Nak doa suruh dapat pemeriksa yang baik hati pun dah tak boleh. Semua kertas dah kena reben dah.

Heee tak sabarnya nak ke Genting bersama mereka nanti ya Allah. Moga-moga boleh hapus segala kemurungan ini acecee. Kenapa aku kuat jeles? Dengan semut hitam yang comel terlebih siket pun aku jeles. Haih. Kbai. Ada ubi ada batas wokeh. Eheh.

1 comment:

cg magnEt :) said...

aicehh.garang ke muke kau. ahha. kucing kat rumah aku kuat makan d0e, AHHA