Lewat malam tadi. Aku rasa sedikit bosan sambil mendengar kipas duduk itu berputar-putar barangkali serupa bunyi helikopter katanya. Ah apa nak buat ni. Idea tiba-tiba saje mari. Ah jangan lah debor aku tauuu. Aku seronok pulak tetiba rasa nak bukak You Tube. Tutorial hijab. Itu yang aku taip pada papan kekunci laptop kecil ini. Banyaknya list video yang keluar. Hmm sesekali aku berubah fikiran untuk menaip Tutorial Hijab- Covering Chest.
Amboi kemain payahnya nak jumpa tutorial pakai shawl atau pashmina yang labuh kat depan. Tak apa lah aku gagahkan jugak mata yang sudah berat ni untuk view satu-satu barangkali ada yang boleh aku jadikan inspirasi. Ada memanglah ada. Cuma tak banyak. Style Hana Tajima memang aku tak minat, maaflah. Walaupun kau rasa lawa pakai macam itu tapi aku tetap dengan pendirian aku. Cara simple-simple pun tak apelah asalkan menepati apa yang aku nak, cover depan. Sigh.
Setakat ni, hampir 50 buah video tutorial aku belasah. Tapi percayalah satu je yang aku ingat. Kadang-kadang tu terlupa jugak ah cemane nak pusing ni. Cepat-cepat aku on You Tube kat henpon. Takde buffering, memang best. Semangat je rasa. Bila tengok satu-satu, laaaah banyaknya lah telatah manusia-manusia ni kan. Yang mana comel tu, comel lah. Yang tak, errr. Selalunya aku bukak 4,5 video terus dalam new tabs. Senang siket kalau dah habis, terus bukak video lain. Takde lah loading yang kemain lama tu, rumah aku tak pasang Unify lagi T_T . Tulah nak tunggu abang aku pasang, memang takkan lah derrr. Ceh.
Bila sampai separuh video tetiba aku ternampak style lilit-lilit yang pelik-pelik, benda pertama aku buat ialah aku maki dia sorang-sorang. Relaks dulu. Lepas tu aku carik butang pangkah. Sabar dulu. Kemudian aku terus tutup video dia. Tulah sape suruh pelik-pelik kemain? Nak-nak pulak buat style Hana Tajima. Sorilah aku nak tengok sampai habis.
Tapi kenapa sekarang femes balik tudung bawal? Aku dah lama sorok tudung-tudung bawal aku dalam almari tudung mak aku. Siapakah Dian Pelangi? Yer aku tahu dia Indonesian. Tapi siapakah? Kenapa aku begituuuu tidak menyukai gaya dia menggayakan tudung bawal seolah-olah seperti shawl? Maaf seribu kali maaf. Gaya loose di muka itu betul-betul aku tak berapa gemar. Tapi tak apa lah, semua orang ada gaya tersendiri kan? Ok aku salah. Sila maafkan.
Ini lah satu-satunya tutorial yang aku hafal dan ingat setakat ni. Mungkin tak berapa nak serabut dan quite kemas jugak lah aku rasa kan. So sape-sape yang mencari-cari tutorial gaya shawl yang cover depan, akak tudung merah ni boleh tolong hehehe :D Nasib baiklah akak comel tau kaaaak so saya tengok video akak sampai habis siap ulang-ulang dua tiga kali yoww. Saya nak tiru lah gaya akak melambai-lambai tangan tu heheh comel jeee :)
Siapa yang tak tengok lagi persembahan Shiro Raja Lawak minggu ke-8, sila tengok sekarang. Kelakar lah hehe. Siries tak perasan cemane aku boleh terketawa sensorang. Uish. Nak link?
2 comments:
salam..haha..lawak bce..ak pun sme..pnat cri yg tutup dada..pnat buat research..aku ade jumpa org yg jual tp mahal doee..tuh laa aku tfikir nk buat bisnes tuh.at least dpt tlg org2 lain..kalau nk cari yg labuh,kena pndai cari..ak x tgk kat you tube..aku cari yg fashion icon..tgk gaya yg tutup dada..then,ak cuba sdiri agak2 dia pakai mcm mne..ndu
Haah la Chor. Kemain payah nak carik tutorial bagus-bagus sekarang ni *sigh* haha. Baidewei good luck untuk bisnes kita berdua. Insyaallah boleh! *semangat*
Post a Comment